(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=10  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Al - Azim
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Al - Azim

Latar Belakang


Masjid Negeri Al-Azim mula dibina pada 14hb. Mac,1984. Batu asas
dan arah kiblat diletakkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri Melaka pada
ketika itu Datuk Seri Mohd. Adib bin Haji Adam. Seterusnya disempurnakan
oleh Y.A.B. Datuk Seri Abd. Rahim bin Datuk Thamby Chik
hinggalah masjid ini siap dan dirasmikan pada hari Jumaat 20hb.
Zulhijjah 1410 (H) bersamaan 13hb. Julai 1990 (M) dalam suatu
upacara yang bersejarah oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-
Pertuan Agong Sultan Azlan Shah. Masjid ini memuatkan jemaah
berjumlah 11,700 orang.

Binaan



Reka bentuk bumbung masjid dibina bertingkat-tingkat sebanyak tiga lapisan. Puncak bumbung mengetengahkan konsep berkubah yang berlainan daripada bentuk puncak di kebanyakan bumbung masjid-masjid lain di Melaka.
Setiap hujung pada tulang bumbung terdapat ukiran sulur bayung yang menjadikan masjid ini bertambah unik. Bentuk tersebut seolah-olah genggaman tangan semasa bertahiyat di dalam solat.

Menara masjid ini dibina berbentuk segi lima yang melambangkan rukun Islam. Ia berketinggian 57.3 meter atau 188 kaki. Pada puncak menara terdapat sebuah kubah yang menyamai bentuk dan warna kubah utama masjid. Selain menjadi tempat pancaran suara, menara ini dianggap menjadi mercu tanda kepada Masjid Al-Azim.

Kemudahan



Keistimewaan




Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-04-MT-00001

Nama Masjid: MASJID AL - AZIM

Alamat: BUKIT PALAH, 75400 MELAKA

Telefon: 062841142


Maklumat Imam


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768