• Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Unisza

Latar Belakang


Masjid Kusza telah dirasmikan oleh Sultan Terengganu pada 2 Rabiulawal 1414 Hijri bersamaan 20 Ogos 1993 Masihi. Ia merupakan antara masjid berbentuk tradisi dan kontemporari. Bumbung limas yang bertingkat dan berkubah menjadi identiti masjid ini. Masjid dilengkapi dengan bangunan anjung yang menjulur keluar ke kiri dan kanan dari bahagian hadapan bangunan masjid seolah-olah menjadi simbol kepada rukun Islam yang lima.
Bumbung masjid yang dibina berbentuk atap condong ke bawah, iaitu meniru reka bentuk bumbung kebanyakan rumah Melayu ini membolehkan pengaliran air hujan dengan sempurna di samping mengelakkan takungan air yang berlebihan yang boleh mendatangkan kerosakan pada bumbung masjid.

Mihrab dan Mimbar
Mihrab masjid ini dibina berbentuk simetri yang mempunyai gerbang dan dihiasi dengan seni tulisan khat potongan ayat-ayat al-Quran berwarna emas di atas tapak berlatarkan warna hitam.
Mimbarnya pula dibina sesuai dengan seni bina masjid ini yang menggunakan logam dan konkrit. Rupa bentuk mimbar ini menyerupai sebuah anjung yang terdapat laluan masuk bertangga dari bahagian hadapan dewan solat.
Tiang-tiang yang menampakkan tetulang struktur permukaan bumbung di dalam dewan sembahyang memberi pengaruh elemen seni bina Islam yang kuat. Antara elemen tradisi yang diterapkan dalam masjid ini ialah kayu jeriji yang bermotifkan geometri bagi penghadang pada tingkat atas ruang jemaah wanita.

Binaan



Kemudahan



Keistimewaan




Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-11-KTR-00385

Nama Masjid: MASJID UNISZA

Alamat: UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN GONG BADAK KUALA TERENGGANU


Maklumat Imam


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768