• Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Al - Ehsan

Latar Belakang


Pada asalnya masjid ini dibina daripada kayu yang telah digunakan oleh masyarakat kampong ini diawal tahun 60an. Ianya telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Sallehuddin Abd Aziz Shah 11/12/1964.

Sehingga kini masjid ini masih lagi kekal dengan identiti lamanya tanpa sebarang perubahan besar.

Binaan


Masjid ini dibina berasaskan senibina tradisional melayu lama . Ianya dibina dengan batu bata konkrit dan sebahagian dari dindingnya adalah kayu. Manakala atapnya pula adalah zink. Rekabentuknya agak ringkas dimana tiada kubah dan menara sebagaimana kebiasaan masjid lain. Ianya hanya dibina bumbung yang tinggi ditengah-tengah bangunan masjid dan dijadikan sebgai kubah.

Terdapat hanya satu aras ruangan solat yang mana jemaah lelaki dan wanita dipisahkan oleh tabir. Ruangan solatnya dilengkapi dengan permaidani hijau kuning kipas angin untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadat. .

Kemudahan


Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parking , khidmat nikah kahwin dan khidmat urusan jenazah,


Keistimewaan


Masjid ini sangat aktif menyediakan program-program kuliah harian dan ceramah untuk para jemaah. Pihak masjid juga menyediakan kursus pengurusan jenazah, kursus program cuti sekolah dan forum perdana.

Pihak masjid juga menganjurkan program kembara ke Arau Perlis yang diuruskan bersama JAIS.


Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-10-KLG-00185

Nama Masjid: MASJID AL - EHSAN

Alamat: KG. TOK MUDA, 42200 KAPAR, KLANG


Maklumat Imam

Mastuki Bin Damar
Sobri Bin Mohd Samsi
Saipoddin Bin Mohd Sohaimi


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768