• Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Diraja Sultan Suleiman

Latar Belakang


Masjid Sultan Suleiman Jamiur Rahmah pernah dijadikan Masjid Negeri sebelum Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam dibina. Masjid Diraja ini telah didirikan pada tahun 1932 Masihi bertempat di Jalan Kota Raja, Kelang.

Masjid ini telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Alaeddin Suleiman Shah pada tahun 1934. Masjid ini dulunya dikenali dengan nama masjid Sultan Suleiman. Dikawasan masjid ini terdapat makam diraja, isteri-isteri raja disamping kerabat terdekat.

Binaan


Reka bentuk masjid ini lebih kebaratan selain menggunakan seni bina neo klasik. Bangunan utama masjid ini berbentuk segi lapan dan keseluruhan binaan kelihatan tipikal. Kubah-kubah yang terdapat pada bangunan ini berbentuk licin dan separuh bulat. Warna kuning dipilih mewakili warna diraja. Kubah utamanya berbentuk dua lapis, iaitu kubah kecil di atas kubah besar. Ia merupakan satu-satunya kubah masjid yang berbentuk sedemikian di negeri ini. Selain itu, terdapat kubah-kubah kecil yang menjadi bumbung kepada menara-menara besar dan kecil yang kesemuanya berwarna kuning.
Gaya ukiran seni tatarias masjid ini terpengaruh dengan zaman penjajahan Inggeris. Ia dapat dilihat daripada tetulang struktur bahagian dalam masjid mahupun pada tingkap dan pintunya. Mimbarnya turut mendapat sentuhan klasik gabungan bahan daripada kayu dan besi yang diukir berkerawang.
Pada kebiasaannya Sultan Selangor akan bersembahyang di masjid ini bersama-sama jemaah lain pada setiap hari Jumaat.

Kemudahan


Antara kemudahan yang terdapat dimasjid ini ialah dewan masjid boleh memuatkan sehingga 1,000 jemaah dalam satu masa, van jenazah dan ruang parkir yang luas.

Keistimewaan




Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-10-KLG-00202

Nama Masjid: MASJID DIRAJA SULTAN SULEIMAN

Alamat: JALAN KOTA RAJA, KELANG


Maklumat Imam

Hj Mohd Taufeq Ozzad Bin Abd Malek
Mohd Shakir Bin M.salih


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768