• Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Bandar Pasir Mas

Latar Belakang


Masjid Bandar Pasir Mas adalah masjid kepala jajahan yang terletak di jajahan Pasir Mas. Masjid ini telah di bina pada tahun 1937 masehi dengan insiatif dan prihatin penduduk setempat tentang pentingnya diwujudkan sebuah masjid bagi kegunaan umat Islam di kawasan sekitar khususnya dan untuk umat Islam yang bermusafir yang bermusafir yang ingin berhenti rehat dan menunaikan kewajipan kepada Allah amnya .Walau bagaimanapun pembinaannya terhenti akibat tercetusnya perang dunia kedua .Selepas tamatnya perang dunia kedua pembinaan masjid ini diteruskan dengan usahagotong-royong masyarakat setempat .Akhirnya masjid ini siap di bina dan digunakan dalam tahun 1952 dengan kos lebih kurang RM 31 ribu.

Masjid Bandar Pasir Mas telah mengalami beberapa kali pertambahan dan pengubahsuaian dan yang terakhirnya pada tahun 1984.Masjid Bandar Pasir Mas kini berada di bawah pengawasan dari sudut pentadbiran dan pengurusannya oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).Namun begitu pihak MAIK telah mengamanahkan kepada Ahli Jawatankuasa Kemajuan Masjid Kepala Jajahan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berusaha Ketua Jajahan bagi menguruskan masjid dari sudut pentadbiran dan pengurusan agar masjid berfungsi dengan baik sebagaimana yang dikhendaki oleh pihak MAIK berdasarkan syariat Islam.

Struktur bangunan Masjid Bandar Pasir Mas yang mempunyai ruangan yang luas telah dimanfaatkan dengan menyediakan sebuah mini perpustakaan (Khutub Khanah)untuk kemudahan ahli jemaah dan juga para pelajar sekolah di sekitar masjid bagi mengisi masa lapang di samping duduk beri tikaf di masjid untuk menambah ilmu pengetahuan.Pelbagai bahan bacaan ilmiah dan kitab-kitab rujukan yang terdapat perpustakaan tersebut .Di samping itu juga, sebuah pejabat imam telah diadakan untuk memudahkan pengurusan dengan ahli jemaah dan anak mukim dan setiap hal yang berkaitan dengan hal ehwal masjid dan lain-lain perkara.

Bagi setiap program yang melibatkan pengurusan makanan,pihak masjid telah membina satu tempat khusus bagi penyediaan makanan .Contohnya program Ihya Ramadhan .Majlis berbuka puasa akan diadakan di tempat tersebut .

Pada awal tahun 2005 satu mesyuarat Jawatankuasa kemajuan masjid telah diadakan untuk membincangkan masalah- masalah yang perlu diatasi di masjid Bandar Pasir Mas. Dia antar perkara yang telah diperbincangkan ialah tentang kebocoran atap masjid yang sekian lama bocor, tentang struktur masjid yang terbuka yang menyebabkan kekotoran di tempat sembahyang seperti najis-najis binatang dan lain-lain faktor lagi serta membincangkan juga tentang penurapan tar di dalam kawasan masjid. Oleh itu mesyuarat telah mengambil satu inisiatif untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan melancarkan kutipan derma melalui kebenaran daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

Pada 10 jun 3005 bersamman 3 Jamadil Awwal 1426 hijrah, Uli yang Maha Mulia As- Sultan Kelantan Tengku Ismail Putera dan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Faris Putera telah mencemar duli berangkat ke masjid Bandar Pasir Mas untuk bersolat jumaat bersama dengan rakyat jelata. Dengan keberangkatan Duli Tuanku, masjid Bandar Pasir Mas telah berubah wajah, yang mana telah diberikan peruntukan untuk mengecat kembali bangunan dan telah diturap 2/3 bahagain kawasan masjid dengan tar.

Ahli jawatankuasa pengurusan Masjid Bandar Pasir Mas telah sama-sama berusha sekali lagi untuk mengatasi masalah kebocoran masjid dan pada bulan Disember 2005 permohonan yang telah di buat kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan dengan dibentangkan kertas kerja dan pelan-pelan cadangan yang telah dibuat oleh ahli jawatankuasa masjid. Alhamdulillah dengan berkat usha daripada semua pihak-pihak . akhirnya Masjid Bandar Pasir Mas telah mendapatkan perhatian daripada Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah datang bersolat di masjid ini. Timbalan Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan segera kepada Masjid Bandar Pasir Mas sebanyak RM 530 ribu bagi mengatasi kebocoran dan berapa perkara lain lagi.

Pembaikian dan pengubahsuai telah dimulakan pada bulan April 2006 dan Alhamdulillah telah selesai pembaikian dan pengubahsuai sepenuhnya pada bulan Disember 2006. Kini Masjid Bandar Pasir Mas telah berubah wajah sekali lagi dari sudut prasan fizikalnya. Bagi merealisaikan matlamat MAIK untuk menjadikan masjid bukan sebagai tempat ibadat sembahyang sahaja, beberapa program telah dirancang untuk menghidupkan fungsi masjid dari sudut pandangan masyrakat khususnya. Semoga masyarakat islam pada hari ini megetahui betapa pentignya masjid untuk memeainkan peranan seruan institusi engembangan modal insan yang modal berqualiti.



Binaan


Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen sacara keseluruhannya.



Kemudahan


Masjid ini menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran. Selain itu.terdapat bilik mensyuarat yang digunakan sebagai tempat perjumpaan ahli AJK masjid. Bilik imam dan bilal turut disediakan untuk sebagai tempat penginapan imam dan bilal. Disamping itu,terdapat dewan terbuka yang dijadikan tempat mengadakan aktiviti kemasyaratan dan tempat berbuka puasa semasa bulan ramadhan.
Rumah bilal dan siak juga disediakan bagi salah satu kemudahan kepda mereka. Terdapat juga rumah imam muda dan tua.
Van jenazah turut disediakan tatkala ada kematian.Masjid ini turut menyediakan tempat parking berbumbung hanya istimewa untuk AJK masjid sahaja. Di samping itu terdapat tempat parking yang melebihi 20 kenderaan pada satu masa .




Keistimewaan


Masjid ini terdapat satu bangunan dimana di tingkat atasnya dijadikan sebagai tempat untuk kelas bimbingan al-quran dan fardhu ain.Pada kebiasaannya di bulan ramadhan masjid ini akan menyediakan juadah berbuka secara percuma kepada para jemaah.







Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-PM-00003

Nama Masjid: MASJID BANDAR PASIR MAS

Alamat: DAERAH PASIR MAS, 17000 PASIR MAS, KELANTAN.


Maklumat Imam


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768