(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=145  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Sultan Ismail Petra
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Sultan Ismail Petra

Latar Belakang


Masjid Sultan Ismail Petra terletak di Kubang Kerian. Perasmian pembukaan masjid ini telah disempurnakan oleh Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 8 Safar 1413 Hijri bersamaan 7 Ogos 1992 Masihi.

Binaan


Reka bentuk masjid ini berkonsepkan seni bina Timur Tengah. Ianya mempunyai empat menara berkubah dan dua kubah besar.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu simen dan marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran. Bentuk binaan masjid ini adalah segiempat besar.Struktur binaan masjid ini menggunakan simen secara keseluruhannya.


Kemudahan


Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 20 buah kenderaan dalam satu masa.yang berada di luar masjid.Terdapat juga wakaf tempat berehat diperkarangan masjid dan bilik mandi jenazah.Di samping itu terdapat bilik kelas matematik,inggeris dan komputer.




Keistimewaan


Pelbagai aktiviti kegamaan dan kemsyarakatan diadakan di masjid ini untuk menghidupkan masjid ini sebagai pusat kemajuan ummah islamiah.Di samping itu,ceramah agama akan diadakan lebih kurang tiga kali seminggu dengan menjemput para penceramah yang mahir tentang agama.





Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-KB-00007

Nama Masjid: MASJID SULTAN ISMAIL PETRA

Alamat: DAERAH KUBANG KERIAN, 16150 KOTA BHARU, KELANTAN.


Maklumat Imam


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768