(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=151  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Langgar
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Langgar

Latar Belakang


Bermula dengan sebuah madrasah kayu yang kemudiannya diubahsuai dengan batu serta di tambah ruang. Dan tahun 1995 menjadi sebuah masjid.
Masjid yang terletak di Mukim Langgar, Kota Bharu ini didirikan pada bulan Sya’ban 1291 Hijri bersamaan 1871 Masihi. Ia dibina ketika pemerintahan Sultan Long Senik Mulut Merah (Sultan Muhammad II). Masjid ini menampilkan gaya reka bentuk tradisi seperti reka bentuk Istana Balai Besar dan Istana Seri Akar yang dibina semasa pemerintahan baginda sultan.

Binaan


Masjid Langgar menggunakan tiga lapis bumbung yang dikenali sebagai bumbung bertenggek atau digelar bumbung adik-beradik. Bumbung begini biasanya diguna pakai pada istana-istana pada zaman pemerintahan kesultanan Melayu dan juga rumah pembesar-pembesar negeri. Pada hujung bumbung di muka tebar layar dipasang kayu yang dipanggil pemeleh yang berbentuk huruf V terbalik. Kayu pemeleh ini turut dikenali sebagai silang gunting.
Masjid ini telah diperbesarkan di bahagian serambinya meliputi keluasan kira-kira 29 meter dan lebarnya 24 meter tanpa mengubah rupa bentuk asalnya. Tapak asal masjid berukuran kira-kira 24 meter panjang dan 7 meter lebar. Struktur bangunannya menggunakan 32 tiang utama, iaitu 16 batang tiang panjang dan 16 tiang serambi. Tiangnya adalah daripada kayu cengal.

Kemudahan


Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.




Keistimewaan


Pelbagai aktiviti kegamaan dan kemsyarakatan diadakan di masjid ini untuk menghidupkan masjid ini sebagai pusat kemajuan ummah islamiah.Di samping itu,ceramah agama akan diadakan lebih kurang tiga kali seminggu dengan menjemput para penceramah yang mahir tentang agama.Masjid ini berdekatan dengan makam diraja.Masjid ini juga mempunyai beduk besar.







Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-KB-00012

Nama Masjid: MASJID LANGGAR

Alamat: DAERAH KOTA BAHARU-BANDAR, 15200 KOTA BHARU, KELANTAN.


Maklumat Imam


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768