• Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid As-salam

Latar Belakang


Masjid ini dibina diatas hasil usaha Dato' Hj Hasyim. Ianya dibina diatas tanah seluas 3 ekar yang diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Masjid ini adalah salah satu dari masjid yang terawal dibina di Pengkalan Chepa. Pada tanggal 1 January 1970, masjid ini telah sempurna dirasmikan oleh YAB Dato Musa Hitam yang pada ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Binaan


Binaan masjid ini mempunyai satu menara yang berkubah besar diatasnya dan beberapa menara lain disetiap penjuru masjid. Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang tidak bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran.Malah dinding masjid ini berkaca dan bercermin. Struktur masjid ini menggunakan simen pada keseluruhannya. Dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana terdapat lubang`sisip angin’ di bahagian dinding belakang ruang solat. yang dapat melancarkan ruang perudaraan masjid ini. Malah,untuk ke ruang solat para jemaah mesti menaiki tangga.


Kemudahan


Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.yang berada di luar masjid.Masjid ini juga mempunyai pejabat,bilik imam dan perpustakaan.Masjid ini mempunyai laluan yang berbumbung untuk ke tandas.





Keistimewaan


Pelbagai aktiviti kegamaan dan kemasyarakatan diadakan di masjid ini untuk menghidupkan masjid ini sebagai pusat kemajuan ummah islamiah.Di samping itu,ceramah agama akan diadakan lebih kurang tiga kali seminggu dengan menjemput para penceramah yang mahir tentang agama.







Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-KB-00016

Nama Masjid: MASJID AS-SALAM

Alamat: DAERAH KEMUMIN, 16100 KOTA BHARU, KELANTAN.


Maklumat Imam


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768