(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=17  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Negeri Sabah Kota Kinabalu
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Negeri Sabah Kota Kinabalu

Latar Belakang


Masjid negeri Sabah terletak di Bulatan Sembulan, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu. Pembinaan masjid ini dimulakan pada tahun 1970 Masihi dan siap sepenuhnya pada tahun 1975 Masihi. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada 11 Rejab 1397 Hijri bersamaan 28 Jun 1977 Masihi. Tapak masjid Negeri Sabah ini ialah seluas 14.5 ekar dan berada di lokasi yang strategi kerana dikelilingi dengan kompleks kerajaaan, bangunan USIA, bangunan Yayasan Sabah, bangunan Tabung Haji dan beberapa Institusi pengajian, sekolah, serta kawasan perkampungan Sembulan.

Binaan


Masjid Negeri Sabah pernah diklasifikasikan sebagai bangunan masjid yang tercantik di Asia. Konsep reka bentuk masjid ini disediakan oleh Syarikat Jurubina Bertiga dengan menggabungkan konsep reka bentuk di Timur Tengah dan konsep moden. Kubah besar yang terletak di atas enam sagang atau tiang besar di bahagian arah kiblat masjid menampilkan ciri-ciri tersebut dan ditambah dengan hiasan berbentuk sarang lebah berwarna keemasan menandakan kecemerlangan Islam di Sabah. Kubah ini berketinggian 132 kaki dari paras tanah dan bergaris lintang sepanjang 70 kaki.

Sebuah menara sebagai mercu tanda masjid didirikan bersekali dengan bangunan ini. Ia berketinggian 215 kaki dan berada di tapak bahagian ruang masuk masjid. Konsepnya diilham dari masjid di Istanbul dan Isfahan melambangkan ketinggian dan kemuliaan Islam. Di kaki menara disediakan kolam dan air pancuran daripada batu mozek dan ditambah dengan lampu berwarna warni sebagai hiasan. Selain itu, masjid ini diiringi sebanyak 16 buah tiang berkubah warna emas senada antara satu sama lain. Dililitan setiap tiang ini dihiasi dengan potongan ayat suci al-Quran bertintakan warna emas.

Dewan sembahyang utama masjid dikelilingi dengan ruang serambi yang luas hingga ke belakang. Ia boleh memuatkan jemaah seramai 5,000 orang dalam satu masa. Sementara dewan solat wanita yang berada di tingkat atas mampu memuatkan seramai 500 orang.

Kemudahan


Masjid ini menyediakan sebuah dewan umum yang dapat memuatkan kira-kira 2,000 orang jemaah di tingkat bawah. Ia menjadi tempat mengadakan seminar, perbincangan umum, persidangan, ceramah, kuliah dan seumpamanya.

Keistimewaan


Tulisan khat bermutu tinggi potongan ayat-ayat suci al-Quran antara hiasan penting yang terdapat di dalam masjid ini. Pada bahagian dalam di keliling kubah besar terdapat dua lapisan ayat-ayat suci al-Quran yang ditatah dengan batu mozek. Tulisan di bahagian atas dengan batu mozek yang bersalut emas yang bersaiz lapan kaki, sementara tulisan bahagian bawah ditatah dengan mozek berwarna hijau dengan huruf-huruf bersaiz 4 kaki 7 inci.

Di bahagian dalam kemuncak dalam kubah besar tulisan khat menjadi awan larat yang membentuk bulatan yang ditatah dengan batu mozek bersalut emas. (Ayat-ayat suci al-Quran). Mihrab dikelilingi dengan hiasan mozek gelas berwarna biru dan di bahagian atasnya dihiasi dengan tulisan ayat-ayat suci al-Quran yang ditatah dengan mozek gelas bersalut emas. Mimbar masjid ini dibina daripada batu konkrit yang disalut dengan die-marble, iaitu sejenis batu
marmar yang disembur.

Masjid ini turut menempatkan beberapa pusara pemimpin-pemimpin Islam di negeri Sabah yang ulung. Makam Pahlawan ini berada di bahagian yang menghadap kiblat dan reka bentuknya selari dengan bangunan masjid.

Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-12-KK-00001

Nama Masjid: MASJID NEGERI SABAH KOTA KINABALU

Alamat: JHEAINS BANDARAYA KOTA KINABALU


Maklumat Imam


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768