(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=177  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Jamik Pontian
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Jamik Pontian

Latar Belakang


Masjid ini didirikan pada 1 Muharam 1356 Hijri bersamaan 14 Mac 1937 Masihi dan dibuka kepada orang ramai dengan rasminya pada Syaaban 1357 Hijri bersamaan 25 September 1938 Masihi oleh Pemangku Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Ismail. Masjid ini terletak di Pontian Kecil, Pontian dan berlatar belakang Selat Melaka. Ini mewujudkan pemandangan dan suasana yang indah sekitar masjid.

Binaan


Masjid ini dibina mengikut reka bentuk masjid Timur Tengah. Ia mempunyai sebuah menara berkubah yang dibina di bahagian anjung masjid ini. Ia merupakan mercu tanda kepada masjid ini. Keseluruhan masjid ini dibina berasaskan batu konkrit yang dicat dengan warna putih dan biru. Kubah pada menara pula berwarna kuning keemasan sebagai lambang keteguhan syiar Islam.

Antara komponen menarik yang terdapat pada masjid ini ialah mimbar yang diperbuat daripada kayu. Deretan tingkap yang berada di kiri dan kanan mendominasi sebahagian besar bukaan dalam masjid dan ia menjadi laluan kemasukan cahaya dan udara secara semula jadi.

Kemudahan



Keistimewaan




Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-01-PTN-00017

Nama Masjid: MASJID JAMIK PONTIAN

Alamat: PONTIAN, 82000 PONTIAN


Maklumat Imam

Sabahruddin Bin Zainol
Hj Yang Mursalin Bin Hj Yahya


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768