(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=187  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Jamek Sultan Ibrahim
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Jamek Sultan Ibrahim

Latar Belakang


Masjid Jamek Sultan Ibrahim ini siap didirikan sekitar tahun 1927 Masihi dan telah dirasmikan pada 28 Februari 1930 Masihi oleh Tengku Mahkota Ismail (Sultan Ismail) yang menjadi Pemangku Sultan Johor ketika itu. Ia didirikan bagi menggantikan bangunan kayu yang telah dibina pada tahun 1880-an.
Masjid ini terletak di Jalan Petri, Tanjung Emas, Muar yang berlatar belakang Sungai Muar. Pada masa dahulu kebanyakan penempatan didirikan berhampiran dengan aliran air yang menjadi laluan utama sebelum pembinaan jalan darat. Oleh itu, pembinaan masjid berdekatan sungai adalah penting.

Binaan


Sebagai sebuah masjid yang didirikan pada zaman kolonial, rupa bentuk bangunannya dipengaruhi oleh seni bina Inggeris klasik. Kubah yang menjadi mercu tanda masjid ini berbentuk dom yang kelihatan unik dan menarik. Ia menyerlahkan gaya bangunan Eropah, namun masih bersendikan kemasukan nilai-nilai Islam pada sebuah masjid. Selain itu, ciri-ciri tempatan dapat dilihat pada penggunaan bumbung perabung lima serta anjung yang berpintu di setiap penjuru bangunan masjid.

Keunikan turut dapat dilihat pada menaranya yang menonjolkan gabungan pengaruh seni bina Barat dan Timur. Penggunaan tiang-tiang roman klasik adalah jenis doric dan balustat digunakan pada serambi menara. Masjid ini didirikan hasil gabungan tenaga kerja Inggeris dan Cina, manakala pelukis pelannya pula rakyat tempatan berbangsa Melayu bernama Sulaiman Alias.

Kemudahan



Keistimewaan




Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-01-BP-00019

Nama Masjid: MASJID JAMEK SULTAN IBRAHIM

Alamat: MASJID JAMEK SULTAN IBRAHIM, MUAR


Maklumat Imam

Mohyeedin Bin Bahron
Mohd Tamlis Bin Abd Rahman


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768