(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=191  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Jamik Sultan Ismail
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Jamik Sultan Ismail

Latar Belakang


Masjid ini turut didirikan berhampiran Sungai Muar yang dapat dilihat dari Masjid Jamek Sultan Ibrahim di Tanjung Emas. Kedua-duanya bertentangan antara satu sama lain yang hanya dipisahkan oleh Sungai Muar. Masjid ini mempunyai bilangan jemaah yang ramai, terutama sekitar Tanjung Agas dan kawasan berhampiran yang mempunyai populasi yang padat.

Binaan


Jika dilihat daripada reka bentuk, adalah sukar untuk membezakan ia dengan Masjid Sultan Ibrahim di Tanjung Emas. Namun sekiranya dilihat dan diamati secara dekat, kita akan dapat melihat kelainan yang terdapat di bahagian menara dan kubah masjid ini, selain perbezaan yang ada pada reka bentuk dan warna pada mimbar kedua-dua masjid.

Mimbar Masjid Sultan Ibrahim diperbuat daripada besi yang diukir berciri klasik dan diwarnakan dengan warna putih mutiara dan emas, menonjolkan gaya mewah serta menjadi satu keindahan yang menarik perhatian pengunjung. Mimbar Masjid Sultan Ismail pula menggunakan kayu yang berukir yang menonjolkan kesenian tradisi tempatan dan ia dikemaskan dengan warna yang agak gelap bersesuaian dengan latar dalaman masjid yang berwarna putih, menimbulkan suasana kesucian dan kemurnian Islam.

Kemudahan


Masjid Sultan Ismail dilengkapi peralatan canggih seperti sistem pendingin dan audio visual. Ini membantu menaik taraf masjid ini dan ia merupakan antara masjid yang aktif dengan pelbagai program yang dilaksanakan oleh penduduk daripada pelbagai lapisan dan peringkat umur.

Keistimewaan




Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-01-BP-00020

Nama Masjid: MASJID JAMIK SULTAN ISMAIL

Alamat: JALAN BAKAU CONDONG 83000 BATU PAHAT


Maklumat Imam


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768