(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=2209  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Al Muttaqin
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Al Muttaqin

Latar Belakang


Masjid yang diberi nama Al-Muttaqin ini dibina di atas tanah seluas 6 ekar di daerah Samarahan, iaitu sebuah daerah yang dibangunkan sebagai tempat pendidikan pengajian tinggi. Pembinaannya telah dimulakan pada bulan Ogos 1999 Masihi. Ia dirasmikan oleh YAB Pehin Sri Tan Sri Datuk Patinggi (Dr.) Haji Abdul Taib bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada 5 Jamadilakhir 1422 Hijri bersamaan 24 haribulan Ogos 2001 Masihi.

Binaan


Masjid ini menampilkan reka bentuk berkonsep tempatan. Salah satu ciri utama masjid ini ialah ‘teflon’ tensile membrane yang menunjukkan penggunaan bahan moden dan teknologi binaan berkonsepkan ‘futuristik’ yang pertama seumpamanya di wilayah Kota Samarahan.
Bumbung masjid ini berasaskan kerangka yang bercantum antara satu dengan lain berbentuk pentagon. Ia merupakan titik fokus pada pelan utama masjid. Di kemuncak bumbung dibina sebuah kubah utama yang keseluruhan kandungannya apabila dilihat dari luar mempamerkan imej yang sederhana tetapi menarik. Keseluruhan masjid ini menggunakan besi dan kaca telus. Seni bercirikan Islam terserlah pada binaan masjid ini seperti tingkap dan kemasan pintu, gerbang-gerbang dan corak lantai di samping hiasan kaca dan logam.

Kemudahan


Ruang utama masjid ini dapat memuatkan seramai 1,500 hingga 1,600 orang jemaah. Masjid ini menyediakan mini perpustakaan, pejabat pentadbiran dan kelas pengajian Islam kepada para jemaah.

Keistimewaan




Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-13-SMR-00079

Nama Masjid: MASJID AL MUTTAQIN

Alamat: KOTA SAMARAHAN, SAMARAHAN


Maklumat Imam

Haji Dillah Bin Haji Talib


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768