• Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Air Hitam Pantai ( Nur Jannah )

Latar Belakang


Pada awal tahun 50 an, hanya terdapat sebuah masjid lama yang terletak di Pasir Gembur Tanjung Bidara. Keseluruhan masyarakat bagi ketiga-tiga buah kampung yang ada iaitu Kampung Pasir Gembur, Kampung Balik Batu serta Kampung Air Hitam Pantai menggunakan masjid tersebut untuk beribadah. Namun di atas kesedaran dan kemuafakatan penduduk Kampung Air Hitam Pantai, maka dipohon agar Masjid Pasir Gembur dan Masjid Nur Jannah dipisahkan. Setelah kedua-dua belah pihak bersetuju maka sebuah masjid kayu yang beratapkan nipah telah dibina secara bergotong royong di sebuah kawasan paya bopeng yang terletak bertentangan dengan simpang masuk ke rumah Allahyarham Sidang Hj. Jantan.
Namun disebabkan kawasan paya bopeng tersebut sering dinaiki air apabila berlaku hujan lebat, masjid tersebut pun dipindahkan buat sementara waktu di tanah Tn. Hj. Abdul Manap untuk beberapa tahun berikutnya. Oleh kerana bilangan penduduk semakin hari semakin bertambah, masjid kecil yang sedia ada tidak lagi mampu untuk menampung para jemaah yang sering berkunjung untuk beribadah di masjid tersebut sehinggalah dengan izin Allah SWT , sebuah tapak telah diketemui bagi mendirikan sebuah masjid yang baru dari Kerajaan Negeri Melaka iaitu dibina di tapak yang sedia ada sekarang. Tanah tersebut dikatakan milik Allahyarham Rahman adik kepada Imam Jidin yang telah diwakafkan oleh beliau untuk didirikan sebuah masjid.
Masalah kesempadanan antara Masjid Pasir Gembur dan Masjid Nur Jannah , Kariah Air Hitam Pantai berlarutan sehingga alhamdulillah dengan izin Allah SWT, pada awal tahun 1985 Masjid Nur Jannah telah menerima surat pengesahan kesempadanan dari Mufti Kerajaan Negeri Melaka yang mana dengan pengiktirafan kesempadanan kariah tersebut, berlakulah proses penghijrahan dan pertukaran jemaah di antara Masjid Pasir Gembur dengan Masjid Nur Jannah secara musyauwarah dan muafakat.
Kini di era tahun 20 an, Masjid Nur Jannah, Kariah Kg. Air Hitam Pantai merupakan antara masjid yang mempunyai bilangan jemaah yang semakin hari semakin bertambah lebih-lebih lagi apabila berlakunya pembinaan projek perumahan baru yang bagaikan cendawan tumbuh di sekitar kawasan yang telah diisytiharkan berada dalam sempadan Kariah Kampung Air Hitam Pantai.
Masjid ini dibina pada tahun 1919 dan dibesarkan pada tahun 1969 dengan derma orang ramai dan kerajaan.

Binaan



Kemudahan



Keistimewaan




Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-04-AG-00011

Nama Masjid: MASJID AIR HITAM PANTAI ( NUR JANNAH )

Alamat: KM. 36.8, KG AIR HITAM PANTAI, MASJID TANAH.


Maklumat Imam

En Ahmad Sukur Hj Madon
Abd Aziz Bin Jais


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768