• Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Berisu

Latar Belakang


Pada ketika itu, sekitar tahun 1922, ALLAH S.W.T telah membuka hati seorang insan yang murni dengan penuh keikhlasan telah mewakafkan sebahagian dari tanah miliknya untuk dijadikan tapak bagi mendirikan sebuah masjid di kampung Berisu.Hasrat murni Allahyarhamah ini diberitahu kepada anaknya Allahyarham Mohammad bin Ibrahim bagi melaksanakan hasratnya. Keikhlasan keluarga ini telah disambut dengan rasa terharu dan bangga oleh Allahyarham Penghulu Haji Said Bin Tajid, Bilal Jusoh
dan rakan-rakan sekampung.Dengan itu, Penghulu Haji Said bin Tajid dan penduduk kampung sepakat untuk mengumpulkan dana untuk membina masjid.Ini kerana tapak untuk medirikan masjid telah ada.Keikhlasan dan pengabadian diri kepada ALLAH S.W.T penduduk kampung Berisu bersama-sama ingin membantu bagi meringankan beban yang ada.Ada segelintir dari penduduk kampung Berisu dikala itu, sanggup menjual,sebahagian dari tanah mereka bagi bersama-sama menyumbang kepada tujuan tersebut. Dengan berbekalkan dana yang ada dan tulang empat kerat bersama semangat yang gigih, Allahyarham Penghulu Said dan rakan-rakan memulakan
kerja-kerja penambakan dan meratakan tanah yang diwakafkan tadi beramai-ramai secara bergotong-royong.Kereta lembu digunakan ketika itu, bagi mengangkut pasir, batu dan kayu.Bahu digunakan untuk mengalas kayu-kayan yang sederhana, bagi mendirikan atap masjid.Masjid ini dibina dalam tahun 1926 dengan derma orang ramai.



Binaan



Kemudahan



Keistimewaan




Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-04-AG-00017

Nama Masjid: MASJID BERISU

Alamat: KM. 40, BERISU, 78100 LUBUK CINA


Maklumat Imam

Hj Ishak Bin Dagang


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768