• Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Durian Daun

Latar Belakang


Masjid Durian Daun mula didirikan pada tahun 1920-an iaitu sebuah masjid batu yang kecil mengikut jumlah penduduk kampung pada masa tersebut. Kini masjid tersebut telah melakukan beberapa kali pengubahsuaian dari segi saiz masjid bagi mengikut kepadatan penduduk masa kini yang kian bertambah.
Berdasarkan kisah dan cerita daripada penduduk terdahulu, Masjid Durian Daun didirikan oleh penduduk kampung pada masa itu dengan bergotong-royong dan mereka mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk mendirikan sebuah masjid memandangkan tiada peruntukan atau bantuan daripada kerajaan. Tambahan lagi, pada masa itu Malaysia atau lebih dikenali pada masa itu Malaya masih lagi dijajah oleh kuasa Barat. Kebanyakan penduduk asal kampung di sini berasal daripada seberang Tanah Jawa ataupun daripada kepulauan Riau.
Selepas Malaya merdeka dan sehingga sekarang, Masjid Durian Daun banyak mendapat bantuan daripada pihak kerajaan untuk perbelanjaan ubahsuai dan bantuan-bantuan lain untuk keselesaan dan keperluan setempat.
Masjid ini dibina dalam tahun 1925 dan dibesarkan dengan bantuan kerajaan.


Binaan



Kemudahan



Keistimewaan




Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-04-AG-00020

Nama Masjid: MASJID DURIAN DAUN

Alamat: KM. 32, DURIAN DAUN, 76100 DURIAN TUNGGAL


Maklumat Imam

Hj Abu Said Bin Jaafar


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768