(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=2685  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Jamek Putera
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Jamek Putera

Latar Belakang


MASJID INI TELAH DIBINA UNTUK MENGGANTIKAN MASJID ASAL YANG TERLETAK DI TEPI SUNGAI BERHAMPIRAN JAMBATAN JALAN MENGHALA KE AIR LIMAU. MASJID ASAL INI SUDAH TERLALU LAMA USIANYA DAN TIDAK LAGI BERUPAYA ENAMPUNG KAPASITI JEMAAH YANG KIAN BERTAMBAH. MENGIKUT CERITA ORANG-ORANG LAMA, LEBIH KURANG DALAM KURUN KE SEMBILAN BELAS DUHULU DI ATAS TAPAK MASJID LAMA ITU TERDAPAT SEBUAH BUKIT KECIL SEPERTI BUSUT MENYERUPAI BENTUK SEBUAH KHUBAH MASJID. UNTUK SEKIAN LAMA PENDUDUK SEKITAR TIDAKLAH MEMBERIKAN PERHATIAN SANGAT PADA BUSUT BERBENTUK KHUBAH ITU SEHINGGALAH SEORANG ORANG KAMPUNG DI SITU YANG DIANGGAP WARA’ MENDAPAT MIMPI DALAM TIDURNYA BAHAWA DIA DIDATANGI OLEH SATU LEMBAGA DAN LEMBAGA KERKENAAN MENGSYORKAN DIBINA SEBUAH MASJID DI TEMPAT ITU.
SETELAH MENGAMATI MIMPINYA ITU, MAKA DIKUMPUL DAN BERBINCANGLAH ORANG TUA-TUA KETIKA ITU MENGENAI MIMPI ITU. AKHIRNYA TERCAPAILAH KATA SEPAKAT MEMBINA SEBUAH MASJID.
OLEH KERANA BATU BATA BELUM ADA LAGI PADA ZAMAN ITU, MAKA BAK KATA PEPATAH; BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT KATA KERANA MUAFAKAT, BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING, DENGAN BERBEKALKAN TAQWA SERTA SEMANGAT GOTONG-ROYONG, KEMASYARAKATAN DAN SETIAKAWAN YANG TEBAL DAN JITU, AKHIRNYA TERBINALAH SEBUAH MASJID DARI TANAH LIAT SEPENUHNYA. ENTAH BAGAIMANA BENTUK DAN SAISNYA TIDAKLAH DIKETAHUI.
SEMPENA PERISTIWA ITU, KAMPUNG INI YANG ASALNYA DIPANGGIL KAMPUNG SUNGAI BARU DITUKAR KEPADA KAMPUNG MASJID TANAH MENGAMBIL SEMPENA MASJID ASAL DAN PERTAMA DIBINA DI KAMPUNG INI, HATTA DI DAERAH INI DENGAN TANAH.
MASJID LAMA YANG MASIH WUJUD LAGI SEKARANG MUNGKIN BUKAN MASJID YANG ASAL KERANA ADA PERSAMAAN DARI SEGI REKABENTUK DENGAN MASJID-MASJID LAIN YANG DIBINA DALAM SATU ERA TERTENTU. BAGAIMANAPUN IA MENJADI SALAH SATU BANGUNAN BERSEJARAH DIKAMPUNG INI. DISEBALIK LAGENDANYA, MASJID LAMA INI MENINGGALKAN BANYAK NOSTALGIA KEPADA GENERASI PERTAMA DAN KEDUA KITA YANG MASIH HIDUP LAGI MASA KINI.
BERBALIK KITA KEPADA MASJID JAME’ PUTRA, PERKATAAN `PUTERA’ PADA NAMA MASJID INI ADALAH MENGAMBIL SEMPENA NAMA BAPA KEMERDEKAAN NEGARA KITA `TENGKU ABDUL RAHMAN PUTERA AJ-HAJ.
TAPAK MASJID INI ASALNYA ADALAH TANAH SAWAH TETAPI TELAH DIWAKAFKAN OLEH TUAN-TUAN PUNYA: ALLAH YARHAMAH-ALLAH YARHAMAH HJH. LAMAH BTE MAT, HJH. MANI BTE SIDIN DAN HJH. AMAH BTE CHE’MAT. Masjid Jamek Putera Masjid Tanah pada asalnya ialah Masjid Sungai Baru yang diperbuat dinding dan lantainya daripada tanah, maka daripada itu timbullah nama “Masjid Tanah”. Masjid tersebut diganti dengan masjid batu pada tahun 1809 dan akhirnya dibina pula sebuah masjid yang lebih sesuai lagi seperti yang ada hari ini pada tahun 1970 dan dinamakan “Masjid Jamek Putera Masjid Tanah”.



Binaan



Kemudahan



Keistimewaan




Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-04-AG-00026

Nama Masjid: MASJID JAMEK PUTERA

Alamat: KM. 28.8, MASJID TANAH, 78300


Maklumat Imam

En Mohd Zaidi Bin Haron
Hj Isa Bin Nordin
En Bahaman Bin Saadon


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768