(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=2751  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Londang
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Londang

Latar Belakang


Masjid ini diasaskan sekitar tahun 1921 dengan nama Masjid Londang . Antara pengasasnya ialah Hj.Deraman, Hj.Rajak Dollah, Hj.Dol Rajak . Keluasan masjid ini pada awalnya kira-kira 15m X 15m persegi. Manakala senibinanya menyamai senibina masjid-masjid tua di Melaka seperti Masjid Tengkera dan Masjid Kg.Hulu. Ukiran-ukiran lama masih jelas pada tiang-tiang batu bulat yang memayungi masjid ini. Walaupun telah melalui proses ubahsuai lebih 10 kali , namun tiang-tiang batu berukir ini masih dikekalkan termasuk senibina ukir kayu mimbarnya. Antara imam-imam yang pernah memimpin masjid ini ialah Imam Hj.Yunus Abun, Imam Yasin Latip, Imam Hj.Mohd Nor , Imam Mohamad Jantan. Turut sama menguruskan pentadbiran masjid ini ialah siding-sidang Kg.Londang seperti Sidang Mohamad, Sidang Abuchik Nekmat, Sidang Md.Karim Ani. Manakala pegawai-pegawai masjid yang masih diingati ialah Bilal Pedin, Tok Musa, Bilal Sukor, Khatib Husin, Tok Karim Osman, Bilal Othman dan Mukim Hj.Yunus Tahir.
Sekitar tahun 1980an masjid Kg.Londang telah dinamakam Masjid Al Ehsan dan dirasmikan oleh bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Mohd Adib Bin Adam. Keluasannya telah bertambah kira-kira 25m X 30m persegi dan boleh menampung lebih kurang 800 jemaah.

Masjid ini ditokok tambah dengan mewujudkan perpustakaan, bilik mesyuarat, menara azan, garaj kereta jenazah, tandas baru, pondok sembelihan korban. Bilik mimbar utama tengah masjid telah dipasang penghawa dingin. Keluasan tanah wakaf masjid ini ialah 0ek.0r.22pol di atas Lot 398 Mukim Sungai Baru Tengah. Imam yang memimpin jemaah masjid ialah Imam Hj.Mohd Saref Ismail dan Imam Yaakob Sohor. Manakala Sidang Mohamad Bin Othman sebagai teraju sidang Kg.Londang sekarang. Turut bernaung dibawah masjid Al Ehsan ialah pentadbiran 3 buah surau di Kg.Londang iaitu Madrasah Al Rahman Bt. 19, Madrasah Al Hidayah dan Madrasah Al Hairiyah. Kesemua madrasah ini serba moden dan selesa .
Masjid ini mula dibina pada tahun 1925 dan dibesarkan dengan bantuan kerajaan.


Binaan



Kemudahan



Keistimewaan




Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-04-AG-00038

Nama Masjid: MASJID LONDANG

Alamat: KM 31.6, KG. LONDANG, 78300 MASJID TANAH


Maklumat Imam

Awang Che Bin Abdul Ghani
Hj Yaakup Bin Sohor
Mohd Zaid Bin Khamis


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768