• Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Sultan Idris 11 ( Masjid Negeri )

Latar Belakang


Masjid Sultan Idris Shah II telah dirasmikan pada 15 September 1978 oleh Sultan ldris Iskandar Shah II (1963-1984), Sultan yang ke-33, sempena dengan perayaan ulangtahun hari keputeraan baginda yang ke-33. Ianya terletak di atas sebidang tanah seluas kira-kira 2.6 hektar di tengah- tengah bandaraya Ipoh. Kerja-kerja pembinaan masjid tersebut telah dimulakan pada 16 Mei 1966, dan batu asas telah diletakkan pada 27 Oktober 1967 oleh (Allahyarham) Tun Haji Abdul Razak, pada ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Masjid ini telah siap dibina pada 26 Ogos 1968.

Pada mulanya, masjid ini dinamakan sebagai 'Masjid Negeri (Perak)' dan telah digelarkan 'Masjid Sultan Idris Shah II' sempena nama Sultan Idris Iskandar Shah II yang telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1984.

Idea pembinaan masjid ini berasal daripada (Allahyarham) Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja Abdul Wahab pada tahun 1951. Beliau yang pada ketika itu adalah Menteri Besar telah sedar bahawa masjid-masjid yang sedia ada di lpoh tidak mencukupi untuk memuatkan semua jemaah yang menunaikan ibadah pada satu-satu masa seperti hari kebesaran Islam dan ibadah sembahyang Jumaat. Jumlah kos perbelanjaan pembinaannya ialah RM1,840,000.00

Binaan


Masjid ini berbentuk empat persegi bujur, iaitu panjangnya 84 m dan lebarnya 42 m. Ia mengandungi dua tingkat. Tingkat atas bangunan ini diliputi oleh kisi-kisi terrazzo yang berselirat dengan telepok-telepok tradisi lslam, Di sekeliling bangunan juga teratur tentulang-tentulang terrazzo yang panjang lampai. Atap dewan jemaah besar telah dibina dengan konkrit bertulang yang bertebok dengan 44 buah lubang persegi untuk mengeluarkan hawa panas (tetapi semua lullang tersebut telahpun ditutup apabila dewan dipasangkan hawa dingin pada tahun 1995). Lubang-lubang ini dipayungkan pula dengan 30 buah kubah-kubah gelembong dan 14 buah kubah-kubah leper, dan dihiasi dengan cermin beranika warna. Kubah-kubah ini mengelilingi sebuah kubah besar yang terletak di tengah-tengah dewan jemaah besar. Kubah besar ini lebarnya 10.3 m dari lantai. Segala kubah ini kelihatan dari luar tersusun dengan indahnya dan bersinaran di bawah cahaya matahari.

Dewan jemaah besar berbentuk empat persegi dan lebarnya ialah 36 m dan boleh memuat lebih kurang 1,500 orang. Lantainya berlapik dengan permaidani yang berbelang menunjukkan saf-saf sembahyang. Di pintu masuk dan di dinding mehrab terdapat tulisan ayat-ayat suci. Dewan kecil berukuran 36 m panjang dan 12 m lebar, dan boleh memuat kira-kira 500 orang. Dewan kecil ini boleh dikhaskan untuk kaum wanita dan juga digunakan sebagai tempat mengaji serta tempat mengadakan ceramah agama.

Menara masjid ini tersulur dari tanah setinggi 31 m ke kemuncaknya dan dilengkapi dengan tangga besi dan lif untuk muatan 6 orang. Pemandangan yang permai dari atas menara ini meliputi seluruh kawasan bandaraya Ipoh. Empat buah pembesar suara telah dipasang di bawah bumbungnya.

Kemudahan


Di tingkat bawah mengandungi kemudahan-kemudahan seperti ruang berwudhuk, bilik persidangan dan kutub khanah, bilik pejabat dan bilik setor. Terdapat pula sebuah dewan jemaah yang sebesar dengan dewan jemaah besaf di tingkat atas. Dewan jemaah bawah juga boleh memuatkan 1,500 orang. Di depan bangunan masjid terletaknya tempat letak kenderaan, manakala di belakang terletaknya kuarters untuk imam, bilal dan lain-lain pegawai masjid. Sehingga hari ini, masjid ini masih dirujuk orang ramai sebagai 'Masjid Negeri Perak'.

Keistimewaan


Masjid Sultan Idris Shah II yang terletak berhadapan Stesen Keretapi Ipoh merupakan salah satu binaan terkemuka di Bandaraya Ipoh. Seni binanya indah, menjadi lambang kemegahan ketamadunan Islam di Perak. Ia terkenal dan unik kerana terdapat sebanyak 125 buah menara yang ditegakkan di atas setiap kubah.

Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-08-IPH-00001

Nama Masjid: MASJID SULTAN IDRIS 11 ( MASJID NEGERI )

Alamat: JALAN DATO' SAGOR, 30000 IPOH, PERAK


Maklumat Imam

Abdul Aziz B Ahmad
Mohamad Ali Muhamad Noh


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768