• Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Mukim Pasir Ira

Latar Belakang


Pada asalnya masjid ini merupakan surau yang telah diubahsuai pada tahun 1980.Tanah tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Haji Che We bin Sulaiman.Dana masjid ini telah diperolehi daripada sumbangan orang ramai dan kampung.Pengasasnya masjid ini ialah Che Abdul Kasim bin Che Mek.

Binaan


Masjid ini mempunyai satu menara yang mempunyai `sisip angin` dan tiada sebarang kubah.Dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana terdapat lubang`sisip angin’ di bahagian dinding belakang ruang solat yang dapat melancarkan ruang perudaraan masjid ini.Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah di dinding masjid ini.Pada bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat bertiang yang merupakan ruang utama di masjid ini.Bagi ruang solat wanita dipisahkan oleh kain langsir.

Kemudahan


Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.Selain itu,terdapat juga meja rehat yang digunakan sebagai tempat berehat.Masjid ini menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran.



Keistimewaan


Pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan diadakan di masjid ini khususnya pada hari minggu.Ini merupakan salah satu keistimewaan masjid ini.Di samping itu,langkah ini dapat menjadikan masjid sebagai salah satu pusat transformasi ummah.




Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-KK-00060

Nama Masjid: MASJID MUKIM PASIR IRA

Alamat: DAERAH MENGKEBANG, 18000 KUALA KRAI, KELANTAN.


Maklumat Imam

Muhammad B Mat Sulaiman


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768