(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=3321  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Mukim Tempoyak Lama
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Mukim Tempoyak Lama

Latar Belakang


Tanah tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Haji Pak Dik bin Sarif.Proses pembinaan masjid ini telah dijalankan sendiri oleh penduduk kampung secara bergotong royong.Kos pembinaan masjid telah diperolehi oleh sumbangan orang ramai.Majlis Agama Kelantan juga telah menyumbangkan sebanyak 10 ribu ringgit dan kerajaan pusat sebnyak 200 ribu ringgit bagi pembinaan masjid ini.





Binaan


Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat secara berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai dalam satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen sacara keseluruhannya.Selain itu masjid ini mempunyai dua aras bagi ruang solat dan mimbarnya diperbuat daripada batu marmar.







Kemudahan


Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.
















Keistimewaan


Pelbagai aktiviti yang berkaitan keagamaan dan kemasyarakatan diadakan di masjid yang menjadi salah satu keistimewaan masjid ini.Aktiviti ini pada kebiasaannya dihadiri oleh penduduk kampung dan sekitarnya.







Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-PM-00136

Nama Masjid: MASJID MUKIM TEMPOYAK LAMA

Alamat: DAERAH BUNUT SUSU, 17020 PASIR MAS, KELANTAN.


Maklumat Imam

Zamaluddin B Abdullah
Mohmad Bin Jusoh


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768