• Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Mukim Baka Kemuning

Latar Belakang



Binaan


Masjid ini terdapat satu menara dan dua kubah.Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-quran dan kalimah Allah pada dinding masjid ini. Pada bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat bertiang yang merupakan ruang utama di masjid ini. Masjid ini terdapat ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa.Struktur masjid ini ialah berasaskan simen dan kayu.

Kemudahan


Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan basikal.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5buah kenderaan pada satu masa..

Keistimewaan


Masjid ini seringkali mengadakan aktiviti yang berkaitan keagamaan dan kemasyarakata.Gotong royong juga akan diadakan lebih kurang sebulan sekali bagi membersihkan kawasan masjid, di samping itu dapat memupuk kerjasama ummah di kalangan masyarakat kampung

Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-MCG-00166

Nama Masjid: MASJID MUKIM BAKA KEMUNING

Alamat: DAERAH ULU SAT, 18500 MACHANG, KELANTAN.


Maklumat Imam

Mat Ripin Bin Mat


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768