(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=3352  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Mukim Ulu Sat
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Mukim Ulu Sat

Latar Belakang


Masjid ini telah dibina pada tahun 2009.Masjid ini mempunyai keluasan yang besar dan dapat menampung para jemaah dari penduduk sekitar termasuk pelajar-pelajar UITM machang pada solat jumaat.Kos pembinaan masjid ini juga telah menelan belanja sebanyak RM 788,400. Proses pembinaan ini telah dijalankan oleh pemaju Mekar Mewah Construction.

Binaan


Masjid ini mempunyai dua menara dan satu kubah besar yang berwarna biru dan putih bagi menyerlahkan lagi rekaan senibinanya.Terdapat juga ruang solat yang mempunyai tiang besar dan di tiang tersebut terdapat kipas.Masjid ini juga menggunakan cermin atau kaca sebagai dinding di bahagian atas masjid ini yang mana cahaya luar dapat memasuki ruang solat dan mencantikkan lagi rekaan senibinanya.Terdapat juga ruang solat tambahan yang dapat menampung kapasiti para jemaah yang ramai dalam satu masa.
.

Kemudahan


Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.

Keistimewaan


Pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan diadakan di masjid ini khususnya pada hari minggu.Ini merupakan salah satu keistimewaan masjid ini.Di samping itu,langkah ini dapat menjadikan masjid sebagai salah satu pusat transformasi ummah. Selain itu,terdapat juga rumah-rumah yang disewa kepada pelajar UITM di dalam kawasan masjid ini.



Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-MCG-00167

Nama Masjid: MASJID MUKIM ULU SAT

Alamat: DAERAH ULU SAT, 18500 MACHANG, KELANTAN.


Maklumat Imam

Mohd Azmi Bin Ismail
Nordin Bin Mamat


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768