(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=3623  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Mukim Air Belaga
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Mukim Air Belaga

Latar Belakang


Tanah asal masjid ini ialah tanah yang telah diwakafkan oleh kerajaan. Masjid ini telah didirikan pada tahun 1981 di atas tanah seluas 0.25ekar.Imam pertama masjid ini ialah Tuan Haji Abu Bakar bin Ishak dan telah digantikan oleh encik Zulkifli bin Jusoh sehingga ke hari ini.Masjid ini juga akan dipindahkan ke lokasi lain yang akan menelan belanja sebanyak RM 2.3 juta.Masjid ini bakal dipindahkan pada bulan Mac 2012 ini.

Binaan


Struktur masjid ini ialah menggunakan simen tetapi pintu masjid ini masih lagi diperbuat daripada kayu. Dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang tidak bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu maenampung kapasiti para jemaah ynag ramai pada satu masa dan berada di bahagian luar..Masjid ini berbentuk segi empat Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-Quran. Rekabentuk masjid ini masih lagi mengekalkan senibina lama.


Kemudahan


Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.

Keistimewaan


Pelbagai aktiviti keagamaan dan kemsyarakatan diadakan di masjid ini khususnya pada hari minggu.Ini merupakan salah satu keistimewaan masjid ini.Di samping itu,langkah ini dapat menjadikan masjid sebagai salah satu pusat transformasi ummah.

Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-MCG-00188

Nama Masjid: MASJID MUKIM AIR BELAGA

Alamat: DAERAH ULU SAT, 18500 MACHANG, KELANTAN.


Maklumat Imam

Zulkafli B Jusoh


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768