• Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Mukim Sek Men Sains

Latar Belakang


Masjid ini telah dibina di mukim Labok untuk kegunaan orang ramai dan khususnya para pelajar sekolah labok. Sekolah Menengah Sains Labok telah siap dibina pada tahun 1983 dan masjid ini telah siap dibina dua tahun selepas itu, iaitu pada tahun 1985.Dana masjid ini telah diperolehi daripada kontraktor sekolah tersebut dan juga daripada kutipan penduduk kampung.Anggaran bagi masjid ini ialah sebanyak RM200,000..

Binaan


Masjid ini mempunyai satu menara yang berbentuk bujur dan dua kubah.Di dalam masjid iini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa. Masjid ini berbentuk segi empat. Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-Quran.

Kemudahan


Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.Terdapat juga satu sudut perpustakan masjid ini bagi menggalakkan orang ramai untuk membaca.


Keistimewaan


Keistimewaan masjid ini ialah sultan Kelantan iaitu Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah datang ke masjid ini pada 2006.Masjid ini juga berada di dalam kawasan sekolah

Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-MCG-00200

Nama Masjid: MASJID MUKIM SEK MEN SAINS

Alamat: DAERAH LAB0K, 18500 MACHANG, KELANTAN.


Maklumat Imam


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768