• Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Mukim Temangan Lama

Latar Belakang


Sejarahnya bermula apabila Hassan Mahmud iaitu pengasas masjid ini telah mewakafkan tanah yang seluas 0.5ekar untuk dibina sebuah masjid. Pada peringkat awalnya telah dibina sebuah surau untiuk kegunaan masyarakat tempatan untuk beribadah. Pada tahun 1992, sebuah masjid baru telah siap dibina bagi menggantikan surau tersebut. Upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Ismail Petra Ibni almarhum Yahya petra pada 7 September 1992.

Binaan


Masjid ini mempunyai satu menara dan dua kubah.Di dalam masjid iini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu maenampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa. Masjid ini berbentuk segi empat Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-Quran.

Kemudahan


Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.


Keistimewaan


Masjid ini akan mengadakan bacaan yasin secara beramai pada malam jumaat dan akan menjemput para hafiz untuk menjadi imam bagi solat terawih pada bulan ramadhan al-mubarak.



Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-MCG-00202

Nama Masjid: MASJID MUKIM TEMANGAN LAMA

Alamat: DAERAH TEMANGAN, 18500 MACHANG, KELANTAN.


Maklumat Imam

Mohd Rofi B Muhammad


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768