(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=3660  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Mukim Sg. Pinang
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Mukim Sg. Pinang

Latar Belakang


Pada asalnya masjid ini merupakan sebuah masjid yang berasaskan kayu.Tetapi pada tahun 1967 masjid ini telah diubahsuai dan pada yang sama telah dirasmikan oleh Tengku Razali Hamzah pada tahun yang sama.Tanah tapak masjid ini telah diwakafkan oleh penduduk kampung sungai pinang.Pengasas asal masjid ini ialah Tuan guru Haji Abdul Malik.Masjid ini juga mempunyai dua buah meriam yang menjadikan masjid ini merupakan masjid yang istimewa.Meriam tersebut telah dipindahkan ke masjid ini oleh Dato Wan Muhamad Jusoh. .





Binaan


Masjid ini mempunyai satu menara bertingkat dan satu kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa. Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini masih lagi mengekalkan senibina lama.





Kemudahan


Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.






Keistimewaan


Keistimewaan masjid ini ialah dua buah meriam yang berada di kawasan depan masjid ini yang menjadi salah satu keunikan masjid ini.Meriam tersebut telah dipindahkan ke masjid ini oleh Dato Wan Muhamad Jusoh. .




Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-TPT-00206

Nama Masjid: MASJID MUKIM SG. PINANG

Alamat: DAERAH SUNGAI PINANG, 16200 TUMPAT, KELANTAN.


Maklumat Imam

Ahmad Shaarani B. Abdullah


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768