(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=3687  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Mukim Wakaf Bharu
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Mukim Wakaf Bharu

Latar Belakang


Pada asalnya masjid ini diasaskan oleh Tok imam Awang pada tahun 1956.Manakala tanah bagi tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Umar Awang Kechik.Di samping itu,dana bagi masjid ini ialah hasil daripada penduduk kampung dan sumbangan ikhlas orang ramai.Masjid ini telah dibina pada tahun 1956 dan telah siapkan secara berperingkat-peringkat.





Binaan


Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang besar yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar. Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya.





Kemudahan


Masjid ini menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran. Selain itu.terdapat bilik mensyuarat yang digunakan sebagai tempat perjumpaan ahli AJK masjid. Bilik imam dan bilal turut disediakan untuk sebagai tempat penginapan imam dan bilal. Disamping itu,terdapat dewan terbuka yang dijadikan tempat mengadakan aktiviti kemasyaratan dan tempat berbuka puasa semasa bulan ramadhan. Masjid ini turut menyediakan tempat parking berbumbung hanya istimewa untuk ajk masjid sahaja. Di samping itu terdapat tempat parking yang melebihi 20 kenderaan pada satu masa Terdapat juga pengawal keselamatan di masjid ini.Selain itu,terdapat juga dua dewan utama yang digunakan untuk solat. Van jenazah juga turut disediakan di masjid ini bagi kemudahan orang ramai.Kemudahan lain yang terdapat di masjid ini ialah kerani yang membantu menguruskan urusan pentadbiran masjid ini.






Keistimewaan


Keistimewaan masjid ini ialah masjid ini telah mendapat lawatan daripada para pensyarah dan pelajar daripada university Malaya pada 12.1.2012.Selain itu,masjid ini merupakan masjid kedua yang terbesar di jajahan tumpat.Masjid ini juga merupakan masjid kelima terbaik bagi masjid mukim di Kelantan.





Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-TPT-00220

Nama Masjid: MASJID MUKIM WAKAF BHARU

Alamat: DAERAH WAKAF BHARU, 16250 TUMPAT, KELANTAN.


Maklumat Imam

Wan Ahmad Nazree B. Abd. Halim


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768