(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=3690  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Mukim Chenderong Batu
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Mukim Chenderong Batu

Latar Belakang


Pada asalnya masjid ini merupakan sebuah masjid yang diperbuat sepenuhnya daripada kayu.Tetapi masjid ini telah di tambahbaikkan bagi memperluaskan lagi kawasan masjid ini.Akan tetapi masjid ini masih mengekalkan lagi senibina kayu dan masih mengekalkan struktur asal masjid ini. Walaupun masjid ini menggunakan senibina lama tetapi masjid ini dapat lagi berdiri dengan teguh.








Binaan


Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang kayu dan juga batu marmar yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan berlantaikan batu marmar. Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran dalam tulisan khat..Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannyaBumbung masjid ini juga ialah berlapis dan bertingkat.Batu marmar juga digunakan sebagai bahan asas bagi dinding depan masjid ini.


Kemudahan


Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat disediakan di luar kawasan masjid.






Keistimewaan


Masjid ini akan menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan sebagai aktiviti riadah dan rohani kepada penduduk kampung dan sekitarnya.








Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-TPT-00223

Nama Masjid: MASJID MUKIM CHENDERONG BATU

Alamat: DAERAH WAKAF BHARU, 16250 TUMPAT, KELANTAN.


Maklumat Imam

Raf`ae B. Awang Lah


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768