(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=3703  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Mukim Beris Pak Pura
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Mukim Beris Pak Pura

Latar Belakang


Masjid dibina pada tahun 1960 dan telah dirasmikan oleh Tuan Hj Abd Razak bin Dato’ Husin yang pada ketika itu beliau adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Masjid ini dibina diatas tanah yang telah diwakafkan oleh penduduk tempatan.




Binaan


Binaan masjid mempunyai mihrab dan dibina menggunakan batu sepenuhnya.Masjid berbentuk segi empat, mempunyai sisip angin pada dinding dan mempunyai aircond di ruang solat untuk menjadikan ruang dalam masjid sentiasa nyaman dan sejuk. Ruang dalam solat masjid mempunyai tiang yang menyokong strukrur bangunan masjid dan mempunyai ukiran khat ayat al-Quran di dinding. Terdapat satu menara untuk meletakkan pembesar suara dan bumbung yang rata.








Kemudahan


Masjid ini menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan untuk kemudahan pengunjung masjid.Selain itu, masjid ini mempunyai keranda serta tempat mandi mayat supaya pengurusan jenazah dapat dilakukan. Masjid juga mempunyai parking yang berbumbung untuk meletakkan kenderaan.



Keistimewaan


Masjid ini sangat istimewa kerana mempunyai perpustakaan di belakang masjid untuk masyarakat awam mentelaah buku-buku yang disediakan oleh pihak masjid Selain itu, pihak pengurusan masjid sering kali menganjurkan dan menyediakan kuliah agama dan majlis ilmu, iaitu sebanyak tiga kali seminggu.




Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-BCK-00236

Nama Masjid: MASJID MUKIM BERIS PAK PURA

Alamat: DAERAH TANJUNG PAUH, 16300 BACHOK, KELANTAN.


Maklumat Imam

Mat Yusof B Mat,hj.
Abdul Basir B Abdul Rahman,hj.


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768