• Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Mukim Rusa

Latar Belakang


Masjid ini dibina telah pada tahun 1960an. Pada asalnya masjid ini adalah dibina daripada bahan kayu kemudian ia diubahsuai menggunakan batu sepenuhnya pada 1987. Masjid ini dibina diatas tanah yang telah diwakafkan. Pengasas masjid ini ialah Hj. Osman Abd Majid.




Binaan


Binaan masjid terdiri daripada batu bata serta dinding masjid yang telah dicat bagi melindungi dinding masjid daripada kerosakkan atau kerapuhan. Masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai mihrab serta dilengkapi lantai yang diperbuat dari simen dan dialas karpet. Selain itu, masjid ini memiliki satu menara berkubah. Di dinding masjid terukir seni khat ayat-ayat Al-quran dan mempunyai bumbung tiga segi rata.




Kemudahan


Masjid menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan yang berasingan untuk kemudahan pengunjung masjid. Masjid ini juga mempunyai tempat parking motosikal yang berbumbung. Masjid juga dilengkapi ruang solat yang berlebihan dan juga mempunyai sistem penapis air Bio-aura.




Keistimewaan


Masjid ini akan menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan sebagai aktiviti riadah dan rohani kepada penduduk kampung dan sekitarnya. Selain itu, ia mempunyai sebuah dewan yang digunakan untuk pelbagai aktiviti. Masjid ini juga sentiasa dijaga bersih dan Al-quran sering tersusun kemas.




Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-BCK-00239

Nama Masjid: MASJID MUKIM RUSA

Alamat: DAERAH REPEK, 16300 BACHOK, KELANTAN.


Maklumat Imam

Mohamed Marzuki B Lateh
Abd Halim B Jaafar


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768