• Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah Kampung Duyong

Latar Belakang


Masjid ini telah dibina secara bergotong-royong pada tahun 1850 Masihi oleh pengasas masjid ini yang dikenali sebagai Wan Chilek.
Masjid ini digunakan oleh penduduk di sekitar Kampung Duyung yang dianggap antara perkampungan Melayu tertua di Melaka. Masjid Duyung pada asalnya adalah sebuah surau yang kemudiannya menjadi sebuah masjid.
.

Binaan


Konsep Reka Bentuk
Reka bentuk masjid ini mengikut seni bina tradisi tempatan. Bahan binaannya terdiri daripada kayu dan batu merah laterite. Bumbungnya beratapkan campuran genting dari China dan Belanda, berbentuk piramid atau turut disebut bumbung telangkup yang terdiri daripada tiga lapis, iaitu bumbung utama, tengah dan beranda. Oleh kerana kerap kebocoran, pada tahun 1967 Masihi atap daripada genting China dan Belanda ini telah ditukar dengan atap genting yang baru.

Puncak atau mahkota pada bumbung utama diperbuat daripada batu karang berukir. Kini kedua-duanya telah diganti dengan besi berukir setelah batu karang itu rosak dan sukar untuk mendapat ganti.
Pertambahan penduduk di kawasan Kampung Duyung menyebabkan Masjid Duyung sebagai rumah ibadah diperbesarkan beberapa kali. Kerja-kerja pemuliharaan sepenuhnya telah dilakukan pada tahun 2000 Masihi kerana bahagian masjid kebanyakannya telah uzur dan rosak.
Menara masjid ini pula didirikan pada tahun 1909 Masihi, iaitu terkemudian daripada pembinaan bangunan masjid. Rupa bentuknya seakan-akan sebuah pagoda menunjukkan hasil pengaruh seni binaan kaum Cina.



Kemudahan



Keistimewaan


KAMPUNG DUYONG JUGA MERUPAKAN KAMPUNG YANG BERSEJARAH, PAHLAWAN MELAKA, LAKSAMANA HANG TUAH DAN SAUDARA-SAUDARANYA, SELALU BERMAIN-MAIN DI SINI. KITA MEMPERCAYAI BAHAWA HANG TUAH MERUPAKAN ANAK KELAHIRAN KAMPUNG DUYONG, DAN BELIAU MENGGALI SENDIRI SEBUAH PERIGI UNTUK KEGUNAANNYA SENDIRI. PERIGI ITU MASIH WUJUD LAGI PADA HARI INI DAN MERUPAKAN TINGGALAN ANAK WATAN DUYONG YANG DIKENALI DI SELURUH NUSANTARA.

1850- DIBINA SECARA GOTONG ROYONG
1909- DIBINA MENARA AZAN SECARA GOTONG ROYONG
1968- BINA KOLAH BARU
1982- SEBAHAGIAN MASJID TERBAKAR (BAIKPULIH)
2010- MASJID DINAMAKAN SEBAGAI MASJID JAMEK LAKSAMANA HANG TUAH KAMPUNG DUYONG

Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-04-MT-00137

Nama Masjid: MASJID JAMEK LAKSAMANA HANG TUAH KAMPUNG DUYONG

Alamat: KM.5.6, DUYONG, 75450 MELAKA


Maklumat Imam

Hj Abu Adam Bin Awal
Hj Abd Aziz Bin Hj Abdullah


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768