• Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Mukim Bukit Panau

Latar Belakang


1979 Tengku Razali Hamzah 1982 Sejarah masjid ini bermula apabila arwah Tuan Haji Nor bin Haji Hassan telah mewakafkan tanah untuk dijadikan tapak masjid.Pengasas masjid ini ialah Tuan Haji Mohd Ibrahim. Masjid ini dibina pada tahun 1979 yang menelan belanja permulaan bernilai lebih kurang 250 ribu ringgit hasil daripada kutipan orang ramai.Dalam masa beberapa tahun masjid ini telah siap dibina sepenuhnya dan telah dirasmikan oleh YM Tengku Razali Hamzah iaitu Menteri Kewangan Malaysia pada 21 April 1982.

Binaan


Masjid ini mempunyai lima menara dan lima kubah.Di bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang dijadikan sebagai tempat solat jemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai.Di bahagian dalam masjid ini juga terdapat ukiran tulisan ayat-ayat suci al-quran. Rekabentuk masjid ini berbentuk segi empat.

Kemudahan


Masjid ini terdapat pelbagai kemudahan dan salah satunya ialah dapur yang digunakan sebagai tempat memasak bagi sebarang majlis.Stor sebagai tempat penyimpanan barang juga disediakan di masjid ini.Memandikan jenazah juga merupakan salah satu kemudahan masjid ini.Terdapat juga dewan yang digunakan untuk kelas fardhu ain.Selain itu,tempat parking berbumbung juga disediakan khususnya untuk motosikal.Terdapat juga tempat parking terbuka yang mampu menampung lebih daripada 10 buah kenderaan dalam satu masa.

Keistimewaan


Keistimewaan masjid ini ialah DYMM Sultan Kelantan iaitu Sultan Muhammad Faris Petra ibni sultan Ismail Petra telah datang ke masjid ini pada tarikh 4.8.2011 untuk berbuka puasa bersama masyarakat kampung

Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-TM-00294

Nama Masjid: MASJID MUKIM BUKIT PANAU

Alamat: DAERAH BUKIT PANAU, 17500 TANAH MERAH, KELANTAN DARUL NAIM


Maklumat Imam

Mohamad B. Ibrahim


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768