(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=4037  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Mukim Pasir Sat
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Mukim Pasir Sat

Latar Belakang


Tanah asal untuk tapak masjid ini telah di wakafkan oleh tiga orang penduduk kampung Sat ini sendiri iaitu Awing bin Ngah,Mat Zin bin Bakar dan juga Sulong bin Jusuh. Mereka bertiga lah yang telah bersepakat dan bersetuju untuk mewakafkan tanah mereka untuk mendirikan masjid kampung Sat ini. Pengasas masjid kampung Sat ini ialah Hussien bin hj Awang selaku imam yang pertama di masjid ini. Dana ataupun sumber kewangan untuk membina masjid ini pada masa itu adalah daripada hasil derma penduduk kampung yang mana jumlahnya sebanyak enam ribu ringgit dan sebanyak 150 ribu ringgit lagi daripada sumbangan daripada kerajaan pada masa itu.




Binaan


Binaan masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai satu kubah dan satu menara.Ruang solat utama yang tidak bertiang dan masjid ini juga menyediakan ruang solat tambahan di bahagian luar.Pada dinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama juga masjid ini mempunyai pagar di sekeliling kawasan masjid.



Kemudahan


Diantara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor,,mandi jenazah,,tempat berwuduk dan juga tandas bagi lelaki dan perempuan. Pihak masjid ini juga menyediakan parking berbumbung bagi motosikal dan basikal. Manakala parking terbuka boleh menempatkan lebih 20 kenderaan dalam satu masa untuk keselesaan para jemaah.




Keistimewaan


Masjid ini kerap kali menganjur dan mengadakan majlis ataupun aktiviti-aktivi yang bercorak keagamaan dan juga kemasyarakatan untuk para jemaah dan para penduduk setempat.Masjid ini juga telah menerima kunjugan kehormat daripada sultan Kelantan pada 2011 iaitu DYMM Sultan Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra menunaikan solat di masjid kampung Sat ini


Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-TM-00295

Nama Masjid: MASJID MUKIM PASIR SAT

Alamat: DAERAH BUKIT PANAU, 17500 TANAH MERAH, KELANTAN DARUL NAIM


Maklumat Imam

Mohamed Suhkeri Bin Che Mahmood


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768