• Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Mukim Batu Gajah

Latar Belakang


Pada tahun 80an, proses pembinaan lebuh raya dijalankan untuk memperbesarkan lagi jalan dan pada masa yang sama masjid ini yang berada di tepi jalan tersebut terpaksa dipindahkan bagi membolehkan proses pembinaan lebuhraya tersebut berjalan dengan lancar.Tapak asal masjid terpaksa dipindahkan dan pampasan sebanyak RM150,000 telah diberikan kepada pihak pengurusan masjid bagi membina masjid di tapak yang baru. Pada masa yang sama juga, RM70,000 telah diberikan oleh kerajaan negeri sebagai wang peruntukan bagi mendirikan masjid yang baru.Dalam masa beberapa tahun, proses pembinaan masjid telah berlaku dengan lancarnya dan pada hari ini masjid ini telah siap menjadi sebuah masjid yang sempurna untuk beribadah kepad Allah swt.

Binaan


Masjid ini mempunyai satu menara bertingkat dan satu kubah.Di bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang digunakan sebagai solat berjemaah. Masjid ini juga berbentuk segi empat. Masjid ini mempunyai tulisan ayat-ayat suci al-Quran yang terukir indah.

Kemudahan


Pelbagai kemudahan yang terdapat di masjid ini seperti dewan makan yang akan digunakan jika ada sebarang majlis dan untuk majlis berbuka puasa pada bulan ramadhan.Selain itu,terdapat juga dapur yang digunakan sebagai tempat memasak untuk sebarang majlis.Pejabat juga turut disediakan di masjid ini bagi memudahkan aktiviti pengurusan masjid ini.Masjid ini turut disertakan kemudahan bilik stor yang digunakan sebagai bilik menyimpan barang.Kemudahan lain yang terdapat di masjid ini ialah sudut taman yang indah untuk kegunaan riadah bagi kanak-kanak pada waktu petang.

Keistimewaan


Keistimewaan masjid ini ialah memenangi tempat kedua atau naib johan bagi pertandingan masjid terbaik peringkat negeri Kelantan dan pada masa yang sama telah mendapat sijil perhargaan daripada pejabat tanah dan jajahan tanah merah diatas kemenangan tersebut

Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-TM-00301

Nama Masjid: MASJID MUKIM BATU GAJAH

Alamat: DAERAH JEDOK, 17510 TANAH MERAH, KELANTAN DARUL NAIM


Maklumat Imam

Zawawi B Isa, Hj


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768