(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=4143  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Mukim Paya Bemban
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Mukim Paya Bemban

Latar Belakang


DITUBUHKAN OLEH BEBERAPA AHLI AJK PADA PERMULAANYA KERANA KETIADAAN MASJID BAGI MENAMPUNG KEPERLUAN SERTA KEHENDAK PENDUDUK KAMPUNG PAYA BEMBAN.

Binaan


Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.Di dalam masjid iini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Masjid ini mempunyai 2 aras ruang solat.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen sacara keseluruhannya.



Kemudahan


Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.Masjid ini mempunyai pejabat,dapur bilik imam/bilal.




Keistimewaan


Pelbagai aktiviti kegamaan dan kemsyarakatan diadakan di masjid ini untuk menghidupkan masjid ini sebagai pusat kemajuan ummah islamiah.Di samping itu,ceramah agama akan diadakan lebih kurang tiga kali seminggu dengan menjemput para penceramah yang mahir tentang agama.Masjid ini berdekatan dengan makam diraja.Masjid ini juga mempunyai beduk besar.Masjid ini juga mempunyai bilik koputer dan perpustakaan.







Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-KB-00400

Nama Masjid: MASJID MUKIM PAYA BEMBAN

Alamat: DAERAH PANJI, 15000 KOTA BHARU, KELANTAN.


Maklumat Imam

Ab Rashid B Muda


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768