(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=4187  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Mukim Telosan
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Mukim Telosan

Latar Belakang


Tanah tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan.Dana permulaan masjid ini telah disumbangkan oleh kerajaan pusat sebanyak RM75,000 dan masjid ini telah diasaskan oleh Haji Abdul Aziz b. haji Yaakob.

Binaan


Binaan masjid ini terdapat dua menara yang berkubah dan satu kubah.Terdapat juga ruang solat utama yang berlantaikan permaidani indah dan disediakan juga ruang solat tambahan di masjid ini.Selain itu,di dinding masjid ini terdapat ayat-ayat suci al-Quran yang terukir indah.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya

Kemudahan


Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.




Keistimewaan


Masjid ini kerap kali menganjur dan mengadakan majlis ataupun aktiviti-aktiviti yang bercorak keagamaan dan juga kemasyarakatan untuk para jemaah dan para penduduk setempat.



Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-PP-00441

Nama Masjid: MASJID MUKIM TELOSAN

Alamat: DAERAH JERAM, 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN.


Maklumat Imam

Abdul Aziz B. Yaacob
Ismail Bin Jusoh


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768