(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=4301  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Peringgit
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Peringgit

Latar Belakang


Peringgit mendapat namanya apabila Pemerintahan Portugis di Melaka (1511-1641) membina pos kawalan di puncak bukit ini. Ianya bertujuan mengawal pergerakan / serangan orang-orang Naning, daerah kecil yang merdeka. Lantas bukit ini disebut sebagai Bukit Peringgi dan kemudiannya disebut Peringgit kekal hingga ke hari ini (Peringgi adalah gelaran orang-orang Melaka terhadap orang Portugis).

Masjid asal Peringgit yang dibina pada tahun 1414 Hijrah bersamaan 1726 masihi telah musnah. Masjid ini pula telah dibina pada tahun 1293 Hijrah bersamaan 1868 Masihi. Ianya adalah masjid tradisional Negeri Melaka. Berbentuk empat segi, bahan binaan terdiri daripada batu laterite dan batu bata era Belanda sebagai asas dan dinding, Lantai masjid diperbuat daripada susunan terracotta. Loteng, perabung, kekisi tingkap dan pintu dibuat dari kayu. Tiga lapisan bumbung adalah ciri utama masjid di Melaka. Gentingnya terdiri daripada genting china pada bahagian verandah dan genting Belanda pada bumbung tengah dan bumbung utama. Bahagian kubah / puncak dibuat dari batu karang berukir seperti yang dapat dilihat.

Pada tahun 1978/1979 kerajaan Negeri Melaka telah menambah besar bahagian belakang masjid ini dengan binaan konkrit yang melenyapkan tangga utama, perigi, kolah, susunan terracotta dan batu bata era Belanda di bahagian lantai terracotta di verandah ditukar kepada jubin moden. Di bahagian sisi sebelah kanan telah dibina binaan tambahan yang digunakan sebagai kelas Fardu Ain untuk kanak-kanak setempat.

Apabila Masjid Negeri siap dibina pada tahun 1988, Masjid Peringgit tidak lagi digunakan untuk solat Jumaat kerana kedudukannya yang berhampiran dan kariah masjid berpindah ke Masjid Negeri. Masjid Peringgit digunakan oleh penduduk setempat untuk solat harian sahaja. Lama kelamaan banyak dari kerja kayunya yang rosak disebabkan anai-anai dan air hujan sehingga ianya tidak lagi selamat untuk digunakan.

Pada tahun 2002 Jabatan Muzium dan Antikuiti telah melaksanakan kerja-kerja konservasi dengan mengembalikan bentuk asal Masji Peringgit.






Binaan


Masjid ini dibina daripada bahan binaan seperti batu laterit dan batu bata zaman penjajahan Belanda sebagai asas, manakala dinding dan lantai masjid diperbuat daripada susunan terracotta. Selain itu kayu digunakan untuk membina perabung, kekisi tingkap, pintu dan loteng. Tiga lapisan bumbung adalah ciri-ciri utama yang terdapat pada masjid di Melaka.

Kerangka yang diperbuat daripada kayu menjadi asas kepada bumbung tiga lapis ini. Atap genting yang digunakan terdiri daripada kombinasi genting daripada China dan Belanda. Sebahagian bumbungnya menggunakan genting China manakala sebahagian lagi menggunakan genting Belanda, iaitu pada bumbung tengah dan utama. Pada puncak bumbung, batu karang berukir diletakkan sebagai pengganti kubah.

Monumen Peninggalan Sejarah

Apabila Masjid Negeri siap pada tahun 1988 Masihi, Masjid Peringgit tidak digunakan lagi untuk solat Jumaat kerana kedudukannya yang sangat berhampiran. Masjid Peringgit hanya dijadikan tempat untuk menunaikan solat fardhu sahaja. Pada tahun 2002 Masihi, Jabatan Muzium dan Antikuiti telah melaksanakan kerja-kerja membaik pulih masjid ini ke bentuk asalnya.

Kemudahan



Keistimewaan




Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-04-MT-00146

Nama Masjid: MASJID PERINGGIT

Alamat: KM. 4, PERINGGIT, 75400 MELAKA


Maklumat Imam

Hj Ithnin Bin Mohd Nor
Hj Azman Bin Baba


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768