(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=4422  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Mukim Sesenak
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Mukim Sesenak

Latar Belakang


Masjid dibina pada tahun 1960 dan pernah dirasmikan oleh Tengku Tan Sri Ghazali Hamzah yang pada ketika itu beliau adalah Menteri Kewangan Mlalaysia. Masjid ini dibina diatas tanah orang yang diwakafkan untuk membina masjid. Pada asalnya masjid ialah sebuah surau dan telah dinaiktaraf menjadi sebuah masjid. Pengasas masjid ini adalah Tengku Razaleigh




Binaan


Masjid dibina daripada batu bata ddan berbentuk empat segi. Masjid mempunyai bumbung tiga segi rata dan mempunyai tandas dan tempat wuduk di sebelah masjid.Binaan masjid mempunyai mihrab dan dibina menggunakan batu sepenuhnya.Masjid berbentuk segi empat dan mempunyai dinding bersisip angin untuk menjadikan ruang dalam masjid sentiasa nyaman. Ruang dalam solat masjid mempunyai tiang yang menyokong struktur bangunan masjid.




Kemudahan


Masjid ini menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan untuk kemudahan pengunjung masjid.Selain itu, masjid ini mempunyai keranda serta tempat mandi mayat supaya pengurusan jenazah dapat dilakukan.



Keistimewaan


Masjid ini akan menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk keagamaan seperti kelas pasti dalam kawasan masjid yang boleh memuatkan sehingga 38 orang pelajar. Aktiviti keagamaan seperti majlis ilmu juga diwujudkan sebanyak 7 kali seminggu untuk meningkatkan ilmu agama dalam kalangan masyarakat.






Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-BCK-00478

Nama Masjid: MASJID MUKIM SESENAK

Alamat: DAERAH TAWANG, 16300 BACHOK, KELANTAN.


Maklumat Imam

Che Abdullah B Che Harun
Che Yusoff B Che Husain


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768