(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=4464  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Mukim Alor Bakat
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Mukim Alor Bakat

Latar Belakang


Masjid ini pada asalnya adalah sebuah surau yang dibina pada tahun 1957. Kemudian masjid telah dinaiktarafkan menjadi sebuah masjid dan siap pada tahun 1967. Masjid dibina diatas tanah yang telah diwakafkan. Pengasas masjid ini ialah Allahyarham Hj. Abdullah.



Binaan


Binaan masjid terdiri daripada batu bata serta dinding masjid yang bercermin. Masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai mihrab serta dilengkapi lantai yang diperbuat dari simen. Selain itu, masjid mempunyai satu menara berkubah dan bumbung yang rata.


Kemudahan


Masjid menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan yang berasingan untuk kemudahan pengunjung masjid. Masjid ini juga mempunyai tempat parking motosikal yang berbumbung. Masjid juga dilengkapi keranda dan mempunyai beduk. Di belakang masjid terdapat kolah yang diguna oleh penduduk untuk mengambil wuduk.



Keistimewaan


Pelbagai aktiviti kegamaan dan kemasyarakatan dijalankan di masjid ini untuk menghidupkan masjid ini sebagai pusat kemajuan ummah islamiah seperti aktiviti gotong royong.Di samping itu,ceramah agama akan diadakan lebih kurang dua kali seminggu dengan menjemput para penceramah yang mahir tentang agama.






Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-BCK-00508

Nama Masjid: MASJID MUKIM ALOR BAKAT

Alamat: DAERAH MAHLIGAI, 16400 BACHOK, KELANTAN.


Maklumat Imam

Shamsuki Bin Kasri


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768