(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=4519  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Mukim Tok Junuh
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Mukim Tok Junuh

Latar Belakang


Masjid ini telah mula dibina pada tahun 1962 yang dimana pada asalnya ia sebuah surau yang kecil. Masjid telah dibina di atas tanah yang telah diwakafkan dan dinaiktaraf menjadi sebuah masjid. Kemudian masjid ini telah dirasmikan oleh Allahyarham Hj. Mohd bin Abdullah


Binaan


Binaan masjid terdiri daripada batu bata serta dinding masjid yang telah dicat bagi melindungi dinding masjid daripada kerosakkan. Masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai mihrab serta dilengkapi lantai yang diperbuat dari simen. Selain itu, masjid mempunyai satu menara dan empat kubah. Pada dinding masjid juga terukir ayat ayat Al-quran dan pada dinding masjid terdapat sisip angin. Dalam ruang dalam masjid juga terdapat tiang yang menyokong struktur bangunan masjid.


Kemudahan


Masjid ini menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan yang berasingan untuk kemudahan pengunjung masjid. Masjid ini juga mempunyai tempat parking motosikal yang berbumbung yang boleh memuatkan 12 buah kenderaan pada satu masa. Masjid juga dilengkapi lapan keranda dan mempunyai tempat untuk memandikan mayat.



Keistimewaan


Pelbagai aktiviti kegamaan dan kemasyarakatan dijalankan di masjid ini untuk menghidupkan masjid ini sebagai pusat kemajuan ummah islamiah. Di samping itu,ceramah agama akan diadakan 2kali seminggu dengan menjemput para penceramah yang mahir tentang agama. Gotong-royong diadakan 2 atau 3 bulan sekali dan masjid ini berdekatan dengan kawasan kubur.





Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-03-BCK-00550

Nama Masjid: MASJID MUKIM TOK JUNUH

Alamat: DAERAH MAHLIGAI, 16450 BACHOK, KELANTAN.


Maklumat Imam

Hashim Bin Mat Jusoh


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768