(mysql): SELECT * FROM masjid m LEFT JOIN profail_masjid pm ON pm.id_masjid = m.id_masjid WHERE m.id_masjid=71  
IslamGRID : Masjid@Malaysia - Masjid Tengku Tengah Zaharah, (kerajaan)
  • Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Tengku Tengah Zaharah, (kerajaan)

Latar Belakang


Masjid ini dikenali juga dengan nama masjid terapung yang sangat indah dan menawan hati sesiapa yang memandangnya. Ia terletak di Teluk Ibai, iaitu jaraknya kira-kira 4.5 kilometer dari Kuala Terengganu yang dibina di atas tanah tebus guna seluas lima ekar. Kedudukannya yang strategik di tepi Jalan Sultan Mahmud memudahkan pengunjung dan musafir singgah untuk menunaikan ibadah serta berehat. Pembinaan masjid ini dilaksanakan pada September 1991 Masihi dan siap pada pertengahan Februari 1994 Masihi, iaitu mengambil masa lebih kurang empat tahun lamanya.

Binaan


Pereka bentuk masjid yang indah ini telah diilhamkan oleh salah seorang kerabat diraja Terengganu, Yang Mulia Raja Bahrain Shah, iaitu seorangn arkitek yang berkaliber. Masjid ini telah dibina oleh syarikat Sri Terukun Sdn. Bhd. di bawah pengendalian dan pemantauan Jabatan Kerja Raya Terengganu. Masjid ini bercirikan tamadun Islam terdahulu, berdasarkan kepada reka bentuk masjid yang terdapat di zaman Othmaniah. Masjid ini bukan sahaja indah dari segi reka bentuknya tetapi hiasan dalaman dan persekitarannya turut mampu memukau pandangan.

Kemudahan



Keistimewaan


Masjid ini mempunyai sebuah kubah utama dan beberapa kubah kecil serta sebuah menara yang menjadi mercu tanda berukuran setinggi 125 kaki. Keluasan lantai masjid 25,282 kaki persegi, mampu menampung antara 800 hingga 1,000 jemaah pada satu masa. Dewan solat dibahagian bawahnya dikhususkan untuk jemaah lelaki, manakala jemaah wanitanya pula ditempatkan di tingkat atas.

Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-11-KTR-00049

Nama Masjid: MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH, (KERAJAAN)

Alamat: KUALA IBAI, KUALA TERENGGANU.


Maklumat Imam

Mohd Saufi Bin Jusoh
Muhammad Zamri Bin Nik


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768