• Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Haji Ahmad Ibrahim

Latar Belakang


Masjid Ahmad Ibrahim ini terletak di Marang. Masjid ini mengambil konsep reka bentuk tempatan, terutama reka bentuk kubah berbentuk payung terbuka, iaitu menyamai konsep kubah yang terdapat di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Namun begitu saiz kubah masjid ini tidaklah sebesar kubah Masjid Negara tersebut. Hanya bumbung bahagian tengah bangunan masjid sahaja yang diletakkan kubah sedemikian, manakala bumbung yang lain dibina daripada jenis atap genting berbentuk menjurus ke bawah dan curam.
Bentuk begini sesuai dengan iklim tempatan yang membolehkan pengaliran air dengan baik sekiranya hujan turun serta dapat meminimumkan kadar kebocoran atap. Selain itu reka bentuk bangunan masjid ini turut menggabungkan konsep tradisi Melayu, iaitu menggunakan bumbung limas dan tebar layar.

Menara Masjid
Masjid ini turut mempunyai sebuah menara yang mengadaptasi reka bentuk sekaki payung, iaitu inspirasi penciptaan kubah pada masjid ini. Namun begitu bentuknya direka lebih menguncup ke bawah. Ia dibina secara terpisah daripada bangunan utama.

Warna Lambang Keindahan
Penggunaan warna biru tua dan biru lembut berjaya mempamerkan keseimbangan kedudukan masjid ini dengan kawasan sekitarnya yang aman dan damai. Warna biru yang menjadi identiti masjid, melambangkan kemurnian dan keindahan sinar Islam kepada seluruh umat.

Penggunaan Elemen Air
Walaupun reka bentuk masjid ini bercirikan tempatan, namun terdapat juga pengaruh reka bentuk masjid di Timur Tengah, iaitu penggunaan elemen air. Masjid ini mempunyai kolah air yang dibentuk bermotifkan geometri dihiasi dengan sebuah pancutan air. Kemasannya daripada jubin berwarna biru menjadi antara ciri yang boleh didapati pada kebanyakan masjid di Iran.

Binaan



Kemudahan



Keistimewaan




Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-11-MRG-00214

Nama Masjid: MASJID HAJI AHMAD IBRAHIM

Alamat: KG. RHU RENDANG,


Maklumat Imam

Mohammad @ Abd.aziz Bin Muda
Deraman @ Haji Mohd Dom Bin Mat Nong


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768