Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 

Ad Dukhaan

1

ﭑ ﭒ

Haa, Miim.

2

ﭓ ﭔ ﭕ

Demi Al-Qur'an! Kitab yang menerangkan kebenaran.

3

ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur'an itu pada malam yang berkat; kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran.

4

ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ

Padanya dijelaskan tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku.

5

ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ

Iaitu perkara-perkara dari sisi Kami; sesungguhnya Kamilah yang mengutus Rasul-rasul.

6

ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ

Sebagai rahmat dari Tuhanmu; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

7

ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ

Tuhan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang yang yakin.

8

ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan; Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang lalu.

9

ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ

Bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara agama.

10

ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ

Oleh itu tunggulah semasa langit membawa asap kemarau yang nyata.





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 | 4 | 5 | 6 |

    

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai di papar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768