Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 

Al Balad

1

ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ

Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini.

2

ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ

Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas).

3

ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ

Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya.

4

ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ

Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran.

5

ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ

Patutkah manusia yang demikian keadaannya menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kuatkuasanya (dan menyeksakannya)?

6

ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ

Manusia yang demikian keadaannya berkata: Aku telah habiskan harta-benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).

7

ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ

Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan hartabendanya itu)?

8

ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ

Tidakkah Kami telah menjadikan baginya dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan Kami)?

9

ﮝ ﮞ ﮟ

Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?

10

ﮠ ﮡ ﮢ

Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan.





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 |

    

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai di papar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768