Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 

Al Furqaan  

1

ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ

Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hamba-Nya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. 25001

 

2

ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ

Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahan-Nya; dan Dialah yang mencipta segala sesuatu lalu menentukan keadaannya dengan ketentuan takdir yang sempurna. 25002

 

3

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ

Dan mereka (yang kafir) mengambil selain Allah menjadi tuhan, yang tidak dapat mencipta sesuatu pun, bahkan benda-benda itu diciptakan dan tidak kuasa memudaratkan atau memberi faedah untuk dirinya sendiri; dan tak kuasa mematikan atau menghidupkan, atau pun membangkitkan semula. 25003

 

4

ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ

Dan orang yang kafir itu berkata: (Al-Qur'an) ini hanyalah satu perkara dusta yang direka-reka oleh Muhammad, dan ia dibantu untuk membuatnya oleh kaum yang lain. Maka (dengan kata-kata itu) sesungguhnya mereka telah mendatangkan satu tuduhan yang zalim dan dusta. 25004

 

5

ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ

Dan mereka berkata lagi: Al-Qur'an itu adalah cerita dongeng orang dahulu, yang dituliskan kemudian dibacakan kepada Muhammad pagi dan petang. 25005

 

6

ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ

Katakanlah: Al-Qur'an itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui rahsia di langit dan bumi; sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 25006

 

7

ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ

Dan mereka pula berkata: Mengapa Rasul ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar? Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya. 25007

 

8

ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ

Atau diberikan perbendaharaan harta benda kepadanya, atau ia mempunyai sebuah kebun untuk ia makan hasilnya. Dan berkata pula orang yang zalim itu kepada orang yang beriman: Sebenarnya kamu hanyalah menurut seorang yang tidak siuman. 25008

 

9

ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ

Lihatlah (wahai Muhammad) bagaimana mereka membuat untukmu berbagai perbandingan (yang bukan-bukan), dengan sebab itu sesatlah mereka, dengan sebab itu sesatlah mereka, sehingga mereka tidak mendapat jalan petunjuk. 25009

 

10

ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ

Maha Berkat Tuhan yang jika Ia kehendaki tentulah Ia akan mengadakan untukmu (di dunia ini) sesuatu yang lebih baik dari apa yang mereka katakan itu, iaitu syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta mengadakan untukmu istana-istana yang tersergam indah. 25010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |

    

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai di papar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768