Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 

Al Haaqqah

1

ﮯ ﮰ

Saat yang tetap berlaku itu.

2

ﮱ ﯓ ﯔ

Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?

3

ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?

4

ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ

Kaum Thamus dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggemparkan.

5

ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ

Maka adapun Thamud (kaum Nabi Salih), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau-lampau dahsyatnya.

6

ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ

Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang yang melampau-lampau kencangnya.

7

ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ

Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka itu batang-batang pohon kurma yang tumbang.

8

ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ

Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?

9

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ

Dan datanglah Firaun, dan orang yang sebelumnya, serta penduduk negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan disebabkan perkara-perkara yang salah.

10

ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ

Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah.





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 | 4 | 5 | 6 |

    

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai di papar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768