Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 

Al Ma aarij  

1

ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ


Salah seorang (dari kalangan orang kafir Mekah, secara mengejak-ejek) meminta kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku. 70001

 

2

ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ


Azab yang disediakan untuk orang kafir tidak ada sesiapapun dapat menolak kedatangannya. 70002

 

3

ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ


Dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik. 70003

 

4

ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ


Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril naik ke pusat pemerintahan-Nya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya lima puluh ribu tahun. 70004

 

5

ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ


Maka bersabarlah dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. 70005

 

6

ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ

Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku). 70006

 

7

ﯸ ﯹ ﯺ

Sedang Kami memandangnya dekat, (tetap akan berlaku). 70007

 

8

ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ

(Iaitu) pada hari langit menjadi seperti tembaga cair. 70008

 

9

ﰀ ﰁ ﰂ ﰃ

Dan gunung-ganang pula menjadi seperti bulu (yang berterbangan). 70009

 

10

ﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ

Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri). 70010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 | 4 | 5 |

    

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai di papar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768