Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 


(mysql): SELECT * FROM `holyquran` WHERE `nosurah` = '' ORDER BY `id` ASC  

(mysql): SELECT COUNT(*) FROM holyquran WHERE surahrumi='An Nahl' LIMIT 1  

(mysql): SELECT * FROM holyquran WHERE surahrumi='An Nahl' LIMIT 0,10  
An Nahl  

1

ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ

Telah datang janji yang ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Ia dari apa yang mereka sekutukan. 16001

 

2

ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ

Ia menurunkan malaikat membawa wahi dengan perintah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya; Iaitu hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada-Ku. 16002

 

3

ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ

Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; Maha Tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan. 16003

 

4

ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ

Ia menciptakan manusia dari air benih, tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya. 16004

 

5

ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ

Dan diciptakan-Nya binatang ternak untuk kamu; terdapat padanya benda yang memanaskan dan beberapa faedah lain; dan daripadanya kamu makan. 16005

 

6

ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ

Dan bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, keindahan ketika kamu membawanya balik untuk berehat, dan ketika kamu membawanya keluar. 16006

 

7

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ

Dan ia membawa barang-barang kamu ke suatu negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan dengan bersusah payah. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 16007

 

8

ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ

Dan Dia menjadikan kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk perhiasan; dan Ia ciptakan apa yang kamu tidak mengetahuinya. 16008

 

9

ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ

Dan hak Allahlah menunjukkan jalan yang lurus; dan di antaranya ada yang terpesong; jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua. 16009

 

10

ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ

Dialah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menumbuhkan tumbuhan untuk kamu lepaskan binatang-binatang ternak makan. 16010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |

    

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai di papar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768