Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 


(mysql): SELECT * FROM `holyquran` WHERE `nosurah` = '' ORDER BY `id` ASC  

(mysql): SELECT COUNT(*) FROM holyquran WHERE surahrumi='As Sajdah' LIMIT 1  

(mysql): SELECT * FROM holyquran WHERE surahrumi='As Sajdah' LIMIT 0,10  
As Sajdah  

1

ﭑ ﭒ

Alif, Lam, Miim. 32001

 

2

ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ

Diturunkan Al-Qur'an ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 32002

 

3

ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ

Bahkan mereka mengatakan: Dialah Muhammad yang mengada-adakan Al-Qur'an itu. Bahkan Al-Qur'an ialah perkara yang benar dari Tuhanmu supaya engkau memberi amaran kepada kaummu yang tidak didatangi pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh hidayah petunjuk. 32003

 

4

ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ

Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam hari, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil Iktibar? 32004

 

5

ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ

Allah mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya; dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuan-Nya pada suatu masa yang (dirasai oleh orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa. 32005

 

6

ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ

Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. 32006

 

7

ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ

Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakan-Nya kejadian manusia berasal dari tanah. 32007

 

8

ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ

Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang. 32008

 

9

ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaan-Nya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur. 32009

 

10

ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ

Dan mereka (yang kafir) itu berkata: Adakah apabila kami telah hilang lenyap dalam tanah, kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baru? Betulkah demikian? (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya. 32010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 |

    

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai di papar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768